5 Mitos Retinol - Paula's Choice Malaysia

5 Mitos Retinol

Antara soalan yang kerap ditanyakan kepada kami adalah mengenai pemakaian Retinol seperti adakah exfoliant Alpha dan Beta Hydroxy Acid (AHA dan BHA) menyahaktifkan retinol dan mengurangkan keefektifan bahan ini? Adakah penggunaan retinol terhad pada waktu malam sahaja? Adakah retinol sesuai dipakai bersama produk vitamin C? Segala jawapan keraguan daripada persoalan ini tidak ada bukti saintifik yang menyatakan sebaliknya.

Antara ketakutan yang biasa mengenai pemakaian retinol adalah ianya akan mengakibatkan kulit menjadi semakin teruk. Kenyataan mengenai kesemua bahan tidak sesuai untuk semua orang adalah benar, namun  kebiasaannya punca daripada perkara ini berlaku adalah daripada formulasi atau kandungan bahan yang lain dan tidak semestinya retinol itu sendiri. Oleh itu, ianya adalah penting untuk memilih produk yang diforulasikan dengan sempurna tanpa bahan yang boleh mengakibatkan kulit sensitif. Perkara yang terbaik adalah dengan memantau keadaan kulit anda terhadap tahap konsentrasi retinol tertentu.

Matlamat kami di Paula’s Choice Skincare adalah untuk membantu anda mendapatkan kulit yang terbaik dalam kehidupan, oleh itu kami perlu bermula dengan berkongsi mengenai informasi yang tepat yang bersandar pada kajian sains untuk memastikan tiada kerisauan mahupun kekeliruan kepada pengguna.

Mitos 1: Retinol bertindak untuk exfoliate kulit

Antara kesalahfahaman mengenai Retinol adalah ianya adalah exfoliant. Retinol adalah antioksida yang membantu untuk memperbaiki kulit dan retinol ini bukanlah sejenis exfoliant. Retinol bertindak untuk memperbaiki pelbagai aspek kulit dan menjadikan kulit kelihatan sihat, licin dan berseri.

Walaupun Retinol boleh mengakibatkan kulit menggelupas bagi sesetengah individu, ini adalah kesan sementara bagi penggunaan Retinol dan tidak boleh dianggap sebagai satu proses exfoliation. Proses exfoliation yang normal daripada pemakaian AHA dan BHA tidak akan mengakibatkan kesan ini dapat dilihat secara fizikal.  

Sekiranya anda mengalami pengelupasan semasa pemakaian retinol, hal ini terjadi kerana retinol yang digunakan adalah terlalu kuat untuk kulit ataupun anda menggunakan retinol dengan terlaluo kerap. Bertukar kepada konsentrasi retinol yang lebih rendah ataupun kurangkan kekerapan penggunaan retinol bagi menyelesaikan masalah ini.

Mitos 2: Tidak boleh menggunakan Retinol pada waktu siang

Retinol boleh digunakan pada waktu siang, pada syarat anda harus menggunakan pelindung matahari. Kajian menunjukkan Retinol bertindak efektif pada produk berSPF dan vitamin A, C dan E-- walaupun kombinasi daripada ketiga-tiga bahan ini-- adalah stabil dan efektif dibawah penggunaan pelindung matahari bersifat broad spectrum.

Perkara yang harus diingatkan: Retinol memainkan peranan yang penting untuk menjadikan kulit kelihatan muda, namun pelindung matahari adalah perkara pertama dan paling penting untuk mempertahankan kulit untuk melawan tanda  penuaan seperti garis halus, kedutan, tona kulit tidak sekata, perubahan warna kulit dan hilang keanjalan kulit.

Mitos 3: Anda tidak boleh menggunakan Retinol dan vitamin C dalam rutin yang sama

Kajian baru telah membuktikan dua fakta yang penting: gabungan antara vitamin A (Retinol) dan vitamin C tidak hanya bertindak efektif, namun  kedua-dua bahan ini memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan kulit daripada impak daripada persekitaran apabila dipakai di bawah pelindung matahari. 

Kekhuatiran yang tidak benar mengenai gabungan dua bahan terbaik ini adalah berpunca daripada kesalahfahaman mengenai pH dan keasidan (acidity) sesebuah produk. Vitamin C terutama sekali ascorbic acid memerlukan pH yang rendah untuk kekal stabil-- atau tiada pH sama sekali sekiranya diformulasikan tanpa air. Hasil daripada formulasi ini manjadikan Ascorbic Acid mempunyai sifat berasid (acidic), namun seperti diketahui sifat keasidan unu tidak menyahaktifkan Retinol; tambahan pula pH kulit secara semulajadi sifatnya berasid, dan retinol pula dihasilkan secara semula jadi dalam kulit.

Tambahan pula, kajian telah membuktikan kombiasi vitamin akan memberikan kesan yang optimum-- termasuklah vitamin A, C dan E. Retinol dan vitamin C bekerjasama menjadikan persekitaran yang baik untuk retinol dengan cara menjadikan bahan ini stabil dan melanjutkan lagi keefektifan bahan ini. Penggunaan serum yang mempunyai antioxida bersama Retinol membantu kulit untuk mendapatkan segala manfaat retinol dengan efektif.

Mitos 4: Tidak boleh menggunakan retinol bersama leave-on exfoliant (AHA, BHA)

Tiada kajian yang membuktikan atau memberi konklusi bahawa AHA dan BHA mengakibatkan retinol menjadi kurang efektif apabila digunakan bersama dalam satu rutin. Perkara ini merupakan salah satu mitos yang kerap diulang dan menjadikan ramai individu-- dan walaupun pakar penjagaan kulit wajah percaya mengenai mitos ini. 

Perkara yang kerap dilihat apabila terlihat komen atau cadangan mengenai ketidaksesuaian retinol bersama AHA dan BHA kebanyakannya tidak disokong dengan kajian. Kajian menunjukkan penggunaan retinol bersama AHA atau NHA membantu meningkatkan penyerapan manfaat daripada bahan ini-- dan perkara ini tidak menjadikan retinol mahupun AHA dan BHA menjadi kurang efektif. Kombiasi bahan ini merupakan pendekatan efektif untuk membantu kulit yang cenderung kepada milia.

Mitos #5: pH daripada AHA & BHA mengurangkan keefektifan retinol

Leave-on exfoliant yang diformulasikan dengan sempurna mempunyai pH yang rendah-- menjadikan bahan ini efektif. Ini adalah perkara biasa untuk individu untuk meragui sekiranya tahap pH tertentu akan menjadikan keupayaan retinol untuk bertindak tidak efektif kepada kulit. Perkara ini tidak perlu dibimbangkan, kerana AHA dan BHA tidak akan menjadikan retinol kurang efektif.  

Seperti kebanyakan khabar angin mengenai penjagaan kulit wajah, mitos ini muncul daripada kesalahfahaman daripada sesebuah kajian. Hanya satu kajian menyatakan isu pH yang menganggu aktiviti retinol, namun kajian tersebut dijalankan pada protein dalam piring petri dan bukannya pada kulit sebenar. Hal ini menjadikan bahawa hasil kajian ini meragukan kerana hasilnya tidak akan sama dengan perkara yang terjadi pada kulit.

Perkara sebaliknya akan terjadi-- hal ini kerana AHA dan BHA membantu penyerapan manfaat sesebuah produk dengan efektif dengan membuang lapisan kulit mati yang mengakibatkan penyerapan bahan yang terhad.

 Dapatkan produk berasaskan Retinol di sini.

Rujukan

  1. Clinics in Dermatology, April 2019, ePublication
  2. International Journal of Cosmetic Science, February 2017, pages 56-65
  3. Journal of Cosmetic Dermatology, March 2016, pages 49-57
  4. Journal of Drugs in Dermatology, March 2015, pages 271-280
  5. Dermatology, May 2014, pages 314–325
  6. Toxicological Research, March 2010, pages 61–66
  7. The Journal of Pathology, January 2007, pages 241–251
  8. Clinical Interventions in Aging, December 2006, pages 327–348

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.