7 Produk Terbaik untuk Kulit Sensitif - Paula's Choice Malaysia

7 Produk Terbaik untuk Kulit Sensitif

Anda mungkin tidak pernah menyangka bahawa kulit anda sensitif. Hal ini kerana perkara yang berlaku pada bahagian bawah kulit tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kulit sensitif boleh berpunca daripada bahan penjagaan kulit yang kasar, pencemaran, pendedahan matahari tanpa perlindungan dan faktor persekitaran.

Kesan daripada kulit sensitif boleh mengakibatkan masalah kulit kasar dan kering, kemerahan, pori-pori membesar, tona kulit tidak sekata, kulit tidak anjal, dan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Cara terbaik untuk menangani isu kulit sensitif adalah dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang lembut dan menenangkan. Tak dilupakan juga pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih. Penggunaan pelindung matahari adalah langkah terpenting dan perlu dilakukan untuk semua individu!

Punca Kulit Sensitif

Pendedahan kulit kepada matahari tanpa perlindungan berada di senarai teratas untuk perkara yang boleh menjejaskan keadaan kulit. Kulit merah, mengelupas dan tona kulit tidak sekata adalah petunjuk jelas bahawa kulit telah terjejas. Tidak hanya pendedahan kulit kepada cahaya matahari— faktor persekitaran lain juga berkemungkinan untuk memainkan berperanan, termasuk pencemaran udara dan lain-lain.

Punca biasa yang mengakibatkan kulit sensitif adalah penggunaan pewangi (sama ada sintetik atau semula jadi) dalam produk penjagaan kulit. Walaupun ramai individu lebih menggemari produk berbau harum. Namun begitu, proses bahan pewangi memberikan bau adalah melalui tindak meruap yang boleh menyebabkan kulit merengsa. Lulur atau skrub yang keras, serta air panas juga akan mengakibatkan kulit menjadi tidak sihat.

Kesemua faktor ini memberikan impak yang lebih teruk daripada tanda kemerahan dan tidak selesa pada kulit anda. Ia boleh mengakibatkan kegagalan keupayaan kulit untuk memperbaiki keadaan secara semulajadi, mengurangkan daya tahan, mengurangkan kemampuan kulit untuk memberi penghidratan dengan sendiri dan seterusnya menyebabkan kulit tidak sihat dan kusam.

Untuk individu yang mempunyai kulit berminyak, perkara ini juga boleh merangsang pengeluaran sebum berlebihan, dan mengakibatkan penampilan pori yang lebih besar. 

Produk Pilihan untuk Menenangkan Kulit

Perkara penting untuk menjaga kulit sensitif adalah dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang lembut dan bebas pewangi, serta penggunaan pelindung matahari berspektrum luas setiap hari. Kesemua produk Paula's Choice Skincare dirumus untuk tidak merengsakan kulit dan tidak mengandungi pewangi tambahan (sama ada semula jadi atau sintetik).

Semua produk ini dirumus untuk menjadikan kulit kembali ke keadaan sihat dengan cara yang paling lembut; dan juga cukup lembut untuk kulit yang terdedah kepada ekzema. Berikut ialah beberapa kegemaran kami (dan Paula) untuk membantu meningkatkan penampilan kulit sebaik sahaja anda mula menggunakannya:

  • SKIN RECOVERY Softening Cream Cleanser - Formula pembersihan yang kaya dan berkrim yang terasa lembut dan menenangkan pada kulit semasa masih membersihkan secara menyeluruh.

  • CALM 1% BHA Sensitive Skin Exfoliant – Losyen eksfolian yang lembut berkonsentrasi 1% BHA membantu mengurangkan kemerahan, membuka liang tersumbat dan melicinkan kulit yang kasar, berbintik termasuk whitehead dan blackhead. Ia juga sesuai untuk kulit cenderung milia.

  • CALM Repairing Serum – Serum ringan dan sesuai untuk semua jenis kulit ini dengan serta-merta menenangkan kulit yang mengalami iritasi dengan meredakan kemerahan dengan bahan antioksida yang lembut.
  • SKIN RECOVERY Daily Moisturizing Lotion SPF 30 – Pelindung matahari berasaskan mineral yang lembut dan melembapkan ini memberikan perlindungan spektrum luas serta antioksidan tambahan untuk membantu mengurangkan risiko penuaan awal kulit, serta sekumpulan faedah lain yang terlalu lama untuk disenaraikan.

  • DEFENSE Essential Glow Moisturizer SPF 30Jika anda mempunyai kulit normal hingga berminyak, mencari pelindung matahari terbaik untuk melindungi kulit anda. Pilih pelindung matahari yang bertekstur ringan namun pada masa yang sama memberikan penghidratan yang secukupnya kepada kulit.

  • CLINICAL Ultra-Rich Moisturizer – Krim khusus yang direka untuk muka, formula yang sangat kaya ini membantu menambah kulit dan mempertahankan kehilangan lembapan sehingga 12 jam.

  • Moisture Renewal Oil Booster - Merupakan campuran minyak tumbuhan tulen membantu memberi penghidratan serta  berkhasiat kulit. Booster ini juga mengandungi ceramide yang menguatkan kulit. Gabungan minyak muka yang diperkaya dengan antioksidan ini cukup berkhasiat untuk mengurangkan kulit kering, sensitif, kelihatan merah dan sesuai walaupun untuk kulit yang terdedah kepada rosacea.

Dapatkan produk bagi kulit sensitif di sini.

Rujukan

  1. Food and Chemical Toxicology, February 2008, issue 2, pages 446 – 475
  2. Journal of the American Academy of Dermatology, June 2005, issue 6, pages 937 – 958

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.