Apa itu Rawatan Pengelupasan Kimia (Chemical Peel) di Rumah? - Paula's Choice Malaysia

Apa itu Rawatan Pengelupasan Kimia (Chemical Peel) di Rumah?

Rawatan pengelupasan kimia merupakan versi leave-on exfoliant yang berkonsentrasi lebih tinggi dah perlu dibilas setelah beberapa minit penggunaan. Rawatan pengelupasan kimia bertujuan untuk membuang lapisan kulit mati untuk kulit yang lebih lembut, sekata dan berseri. Rawatan pengelupasan kimia kebiasaannya dilakukan oleh pakar kulit dan pakar estetik pada formulasi yang lebih tinggi dan kuat. Namun kini, rawatan pengelupasan kimia juga boleh dilakukan di rumah.

Rawatan pengelupasan kimia di rumah mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

  • Mengandungi konsentrasi satu jenis Alpha Hydroxyl Acid (AHA, seperti Glycolic Acid atau Lactic Acid)
  • Mengandungi konsentrasi Beta Hydroxy Acid (BHA, Salicylic Acid).
  • Berkemungkinan mengandungi Asid Pyruvic, Mandelic Acid, Ataupolyhydroxy Acids seperti Gluconolactone.
  • Mempunyai gabungan jenis acid yang menyasarkan lebih banyak isu kulit. (2)

Manfaat penggunaan rawatan pengelupasan kimia di rumah

Rawatan pengelupasan kimia memberi manfaat yang bagus terutamanya untuk kulit yang mengalami kerosakan seperti kulit yang kasar, pori tersumbat serta kulit kusam. Rawatan pengelupasan kimia di rumah merupakan langkah terbaik untuk membantu memudarkan kesan tona tidak sekata akibat daripada pendedahan daripada cahaya matahari serta kesan cela akibat daripada jerawat (1,3). Rawatan pengelupasan di rumah juga merupakan rawatan yang sesuai untuk individu yang ingin tampil menawan dan sihat pada acara tertentu!

Rawatan pengelupasan kimia di rumah ini boleh dilakukan untuk kesemua jenis kulit. Namunm untuk kulit sensitif, kulit yang mengalami masalah kemerahan hendaklah mengambil langkah yang berjaga-jaga dengan memilih produk pengelupasan. Bagi individu yang berkulit sensitif, pilih produk pengelupasan yang mempunyai pH 3.5. Individu berkulit sensetif juga perlu memilih formulasi yang mengandungi bahan yang mampu menenangkan keadaan kulit untuk mengelakkan iritasi. Hal ini juga sama untuk kesemua jenis kulit namun terutamanya sekali kulit yang sensitif dan reaktif. Rawatan pengelupasan di rumah tidak sepatutnya memberi kesan iritasi kepada kulit.

Peringatan: Sekiranya anda bertona gelap, berhati-hati dengan pemilihan pengelupasan yang berkonsentrasi 50% dan ke atas di klinik. Pengelupasan yang dilakukan di klinik kebiasaanya pengelupasan bertahap sederhana (medium peel) dan dalam (deep peel). Rawatan pada tahap ini berkemungkinan besar untuk mengakibatkan kesan pigmentasi kekal pada kulit wajah yang bertona gelap. Namun begitu, risiko ini tidak terjadi pada rawatan pengelupasan bertahap dangkal (superficial peel) dan rawatan yang menggunaan Salicylic Acid sahaja.   

Bagaimanakah cara untuk membuat rawatan pengelupasan di rumah?

Rawatan pengelupasan di rumah hendaklah melibatkan produk yang bersifat lembut namun kekal efektif kepada kulit untuk memberi manfaat ini. Perkara yang penting bagi individu yang ingin melakukan pengelupasan di rumah adalah  dengan mengetahui kekerapan penggunaan yang sesuai untuk jenis dan isu kulit anda. Kebiasaanya, penggunaan seminggu sekali adalah cukup untuk kebanyakan individu namun kekerapan rawatan ini bergantung kepada bagaimana kulit anda bertindak balas dengan rawatan ini.

Rawatan pengelupasan yang dibilas ini berkemungkinan untuk memberi tindak balas yang berbeza kepada bahan-bahan yang ada biasa gunakan secara harian seperti Retinol, Azelaic Acid, Niacinamide dan Vitamin C. Kesemua bahan ini masih boleh digunakan pada hari yang sama ada melakukan rawatan pengelupasan ini, namun, pantau tindak balas kulit serta selaraskan rutin jika perlu.

Siapakah yang tidak digalakkan untuk melakukan rawatan pengelupasan kimia di rumah?

Individu yang mempunyai kulit sensitif hendaklah menggunakan produk pengelupasan yang bersifat lembut.Namun, tidak kira jenis kulit anda, elakkan melalukan rawatan ini sekiranya kulit mengalami kesan selaran matahari, luka akibat daripada rawatan laser, atau kulit anda sensitif kepada bahan yang terkandung di dalam rawatan asid ini. Tambahan daripada ini, sekiranya anda mempunyai alergi kepada Salicylate (Salicylate allergy) dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang produk yang mempunyai kandungan Salicylic Acid.  

Wanita di dalam fasa kehamilan hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat rawatan ini-- hanya teruskan sekiranya mendapat kebenaran daripada doktor.

Sekiranya anda menggunakan Retinoid secara prescripsi, dapatkan nasihat dermatologis sama ada anda perlu memberhentikan penggunaan Retinoid seminggu sebelum serta seminggu selepas rawatan ini dilakukan. Cadangan ini kebiasaannya diberikan untuk rawatan pengelupasan yang dilakukan di klinik pada konsentrasi yang tinggi.  

Berikut merupakan cara untuk menggunakan produk pengelupasan yang dibilas dalam rutin penjagaan kulit wajah anda:

  1. Sapukan lapisan yang sekata pada kawasan wajah yang dibersihkan. Elakkan kawasan mata dan bibir.
  2. Biarkan produk di atas kulit selama 5 sehingga 10 minit.
  3. Bilas dengan menggunakan air bersuhu bilik/suam dan keringkan wajah.
  4. Sekiranya rawatan  ini dilakukan pada waktu malam, ikuti dengan serum, rawatan bertumpu, pelembab dan produk wajah yang lain.
  5. Sekiranya rawatan ini dilakukan pada waktu siang, akhiri rutin dengan pelindung matahari berspektrum tinggi SPF 30 dan ke atas.

Kesemua leave-on exfoliant terutama sekali AHA boleh mengakibatkan kulit menjadi sensitif dengan cahaya matahari dan mengakibatkan kulit mudah mengalami selaran matahari (7). Elakkan melakukan rawatan pengelupasan kimia sekiranya anda tidak menggunakan pelindung matahari secara harian. Penggunaan pelindung matahari adalah langkah yang terpenting untuk mendapatkan kulit yang sihat, sekata dan awet muda.

Bilakah waktu yang sesuai untuk penggunaan exfoliant harian?

Sekiranya anda telah mengambil keputusan untuk membuat rawatan pengelupasan kimia untuk kesan kerosakan kulit akibat daripada matahari (atau masalah kulit yang lain), namun tertanya-tanya pada langkah manakah penggunaan AHA dan BHA harian diletakkan dalam rutin. Kami menggalakkan penggunaan AHA dan BHA harian untuk digunakan pada hari yang berbeza daripada hari rawatan pengelupasan kimia dilakukan. Lihat bagaimana kulit memberi respon terhadap rawatan tersebut, anda mungkin perlu menunggu sehari, atau dua hari sebelum menggunakan exfoliant harian anda.

Tips yang sama boleh digunakan sekiranya anda menggunakan AHA dan BHA yang mempunyai konsentrasi yang tinggi sama ada pada seluruh wajah atau sebagai rawatan bertumpu (spot treatment). Secara ideal anda tidak akan mengalami isu yang banyak dan anda boleh menggunakan exfoliant harian setelah beberapa hari melakukan rawatan pengelupasan kimia di rumah..

 Apakah produk rawatan pengelupasan kimia di rumah?

Tidak ada satu produk secara secara spesifik adalah yang terbaik untuk melakukan rawatan ini di rumah, namun produk yang bagus haruslah mempunyai ciri-ciri yang berikut

  1. Keseluruhan konsentrasi asid tidak seharusnya lebih daripada 30%. 30% merupakan konsentrasi yang dicadangkan untuk rawatan di rumah, dan konsentrasi lebih daripada 30% harus dilakukan oleh profesional.
  2. Formulasi produk haruslah diantara 3.5 - 4.0 untuk memastikan keseimbangan di antara keberkesanan produk ini serta formulasi yang lembut. (8)
  3. Produk rawatan tidak seharusnya mengandungi bahan yang mengakibatkan iritasi kulit seperti alkohol, minyak pati (essential oil), sitrus, mint, witch hazel, cuka dan menthol.
  4. Produk rawatan ini hendaklah mengandungi bahan yang menenangkan kulit seperti likoris, chamomile, teh hijau, allantoin, oat atau beta-glucan.
  5. Pembungkusan produk dalam bekas tiub supaya bahan tidak terdedah kepada cahaya dan udara.
  6. Produk diformulasikan untuk diletakkan pada kulit dalam tempoh tertentu dan penggunaan sekali sekala. (9)

Ciri berikut merupakan ciri yang diimplimentasikan ketika kami di Paula’s Choice mengformulasikan bahan rawatan kimia mingguan kami. Produk pengelupasan dan dibilas ini mengandugi formulasi daripada pelbagai jenis asid untuk membantu penampilan kulit dalam tempoh beberapa minit, dan pada masa yang sama mengurangkan potensi iritasi kepada kulit.

Rujukan

  1. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, August 2018, pages 21-28
  2. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, July 2010, pages 32-43
  3. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, July 2018, pages 361-372
  4. Dermatologic Surgery, March 2016, pages 384-391
  5. Journal of the American Academy of Dermatology, August 2019, pages 323-334
  6. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, August 2015, pages 455-461
  7. Experimental Dermatology, July 2012, Supplement, pages 31-35
  8. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, November 2010, pages 135-142
  9. Molecules, April 2018, ePublication

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.