Bahan Penjagaan Kulit Multi Tugas - Paula's Choice Malaysia

Bahan Penjagaan Kulit Multi Tugas

Di Paula's Choice, kami percaya produk penjagaan kulit terbaik perlu merangkumi pelbagai bahan yang membantu variasi isu kulit. Hal ini turut kami implimentasikan dengan formulasi produk kami yang mengandungi pelbagai bahan yang membantu pelbagai isu kulit.

Bahan aktif dalam sesebuah formulasi mempunyai pelbagai fungsi untuk memperbaiki pelbagai isu kulit. Namun bagaimanakah ianya memberi kesan kepada kulit anda, serta apakah kesan yang boleh anda jangkakan daripada penggunaan produk yang sama? Usah risau kerana kami akan huraikan kepada anda dalam bacaan lanjut di bawah!

Anda boleh gunakan informasi berikut untuk mencari bahan multi fungsi dalam rutin penjagaan kulit wajah anda-- rutin penjagaan kulit wajah yang bagus tidak semestinya memerlukan langkah yang banyak; anda hanya perlu ketahui bagaimana bahan ini memberikan fungsi kepada kulit.


RESIST Daily Pore-Refining Treatment With 2% BHA


Sasaran: Menghaluskan kulit, membantu liang pori tersumbat dan garis halus.

  • Salicylic acid membuang lapisan kulit mati dan memberikan kulit yang lebih licin, sihat dan mengurangkan penampilan garis-garis halus.
  • Melarutkan pori tersumbat dan mengecilkan pori-pori yang membesar.
  • Antioksidan tambahan dan peptide secara serentak memberikan faedah anti-penuaan.

10% Niacinamide Booster


Sasaran: Liang pori membesar, memperbaiki tona kulit dan menangani tanda penuaan.

  • Niacinamide berkonsentrasi tinggi membantu memperhalusi saiz liang pori.
  • Menggalakkan tona kulit yang lebih cerah supaya kelihatan lebih awet muda.
  • Antioksidan dan bahan-bahan menambah kulit meningkatkan kemampuan anti-penuaan niacinamide.

Hyaluronic Acid Booster


Sasaran: Kulit kelihatan gebu, kedutan dan penghidratan

  • Hyaluronic acid meningkatkan kelembapan kulit yang ternyahhidrat lalu menjadikan kulit kelihatan gebu.
  • Melembutkan dan melicinkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.
  • Memperbaiki tekstur kulit.

RESIST Smoothing Primer Serum SPF 30


Sasaran: Solekan yang kelihatan lebih licin, anti-penuaan dan perlindungan matahari.

  • Kemasan matte yang licin, fleksibel dan lembut memastikan solekan kelihatan segar dan menghalang krim asas daripada pudar.
  • Konsistensi serum memberi penghidratan kepada kulit. Kandungan antioksidan dan ceramide dapat memberi manfaat anti-penuaan, serta memperbaiki keadaan kulit supaya supaya kulit anda mendapat manfaat anti-penuaan sepanjang hari.
  • Memberikan perlindungan matahari spektrum luas untuk mencegah tanda-tanda penuaan pramatang.

Radiance Renewal Mask


Sasaran: Tona kulit tidak sekata, kekeringan dan kusam.

  • Variasi bahan pencerahan kompleks dalam formulasi mengembalikan kulit yang kusam, tidak sekata kepada kulit yang sihat, berseri, sekata serta awet muda.
  • Membuatkan kulit kelihatan lembut, serta penghidratan yang menenangkan.
  • Berfungsi semasa tidur supaya anda dapat menyaksikan kulit yang lebih cerah dan segar pada waktu pagi.

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.