Berapa Lamakah Masa Menunggu Bagi Pemakaian Produk Penjagaan Kulit Wajah? - Paula's Choice Malaysia

Berapa Lamakah Masa Menunggu Bagi Pemakaian Produk Penjagaan Kulit Wajah?

Antara persoaan yang sering diajukan kepada kami adalah berapa lamakah masa menunggu bagi pemakaian produk penjagaan kulit wajah dalam rutin harian? Dengan kepelbagaian jenis produk yang digunakan untuk membantu isu kulit, ini adalah soalan logik! Jangan risau, kami mempunyai jawapan yang mudah yang pasti anda suka: Anda tidak perlu menunggu!


Sekiranya anda menggunakan produk yang bersifat lembut dan diformulasi dengan baik, kebiasannya waktu  menunggu merupakan pilihan peribadi berbanding keperluan. 

Adakah kulit mampu mengendali banyak produk dalam satu rutin?

Antara faktor anda tidak perlu menunggu adalah produk yang digunakan pada kulit akan menyerap dengan cepat dan bertindak pantas untuk memberi manfaatnya pada kulit. Tidak ada produk yang akan menghalang kemampuan produk lain untuk meresap ke dalam kulit atau mengganggu keberkesanannya.

Kulit dapat mengendali dan menyerap pelbagai bahan bermanfaat dengan serentak. Hal ini kerana setiap bahan mempunyai manfaat yang unik. Ianya menjadi kesalahan sekiranya anda tidak memberikan kulit anda semua yang diperlukan agar kelihatan lebih halus, terhidrat, lebih muda, lebih sekata, lebih cerah, dan kurang merah, di antara banyak masalah penjagaan kulit yang lain.

Pada akhirnya, ini lebih kepada bagaimana tekstur produk dan pilihan anda berbanding dengan jumlah produk serta kerisauan mengenai produk meresap. Sesetengah individu lebih suka untuk menunggu di antara satu produk kepada produk yang lain, sementara yang lain lebih suka menggunakan produk seterusnya selepas satu – satu produk tanpa menunggu lama. Anda juga boleh memilih untuk mencampurkan pelbagai produk yang anda gunakan pada telapak tangan anda sebelum menyapukannya pada wajah.

Semua pilihan tersebut adalah baik, kebaikan terbesarnya anda tidak perlu menunggu. Rutin penjagaan kulit anda dapat dilakukan dengan cepat!

Bagaimana pula dengan pengelupas AHA dan BHA?

Ramai orang khuatir sama ada mereka boleh menggunakan produk penjagaan kulit mereka yang lain sebaik sahaja menggunakan pengelupas AHA atau BHA mereka tetapi anda boleh bertenang: Pengelupas yang diformulasikan dengan baik akan berfungsi dengan baik tanpa mengira apa yang anda sapukan selepasnya atau seberapa cepat anda menggunakannya.

Kerisauan sesetengah individu adalah penggunaan produk lain yang mereka gunakan akan mengubah pH AHA atau BHA, sehingga mencairkan dan mengubah keberkesanannya. Untuk menerangkan hal ini dengan lebih teknikal, pH produk tidak berubah secepat itu, terutamanya jika produk penjagaan kulit anda yang lain juga mempunyai pH yang berasid (di mana produk – produk yang anda gunakan sepatutnya dalam pH yang sama kerana pH kulit semula jadinya berasid) atau pH 7, neutral.

Beberapa pengecualian

Kebiasaanya terdapat beberapa pengecualian bagi setiap garis panduan, namun dalam hal ini, ianya hanyalah dalam jumlah yang kecil:

  1. Sekiranya gabungan produk – produk yang anda gunakan cenderung untuk mengelupas atau “pilling” ketika anda menyapu satu – satu produk sebaik saja selepas produk yang lain, maka, ianya adalah terbaik untuk membiarkan produk pada lapisan pertama untuk untuk kering terlebih dahulu sebelum menyapu produk seterusnya dalam rutin anda.  
  2. Oleh kerana pelindung matahari ialah produk penjagaan kulit yang anda perlu sapukan akhir sekali, ianya adalah satu idea yang baik untuk membiarkan ia dalam beberapa minit untuk betul – betul kering sebelum anda bersolek. Jika bedak asas atau pelembap berwarna anda mempunyai tabir suria dan dinilai SPF 30 atau lebih, jadi tidak perlu menunggu.

Bagaimana jika anda mempunyai cela dan menggunakan produk Benzoyl Peroxide? Sebelum ini kami menasihatkan anda supaya menunggu kerana kerisauan mengenai semua antioksidan dalam produk sebelumnya akan mengurangkan keberkesanan Benzoyl Peroxide; namun, kajian baru membuktikan bahawa Benzoyl Peroxide boleh mengurangkan bekalan antioksidan semula jadi kulit (seperti vitamin E). Jelasnya, antioksidan dalam produk penjagaan kulit tidak akan terhalang keberkesanannya. Sebaliknya, ianya membekalkan semula kulit dengan antioksidan yang tekurang pada kawasan Benzoyl Peroxide disapukan, supaya anda mendapat manfaat daripada kedua – dua produk tersebut. 

Tidak perlu menunggu antara penggunaan produk penjagaan kulit pasti menjadikan rutin anda lebih mudah dan menjimatkan masa. Ini juga membolehkan anda bereksperimen dengan menambahkan salah satu booster dan serum kami dalam rutin penjagaan kulit anda. Penambahan yang bermanfaat ini tidak mengambil banyak masa dan pasti akan memberi manfaat kepada kulit anda.

Dapatkan produk AHA dan BHA di sini.

Dapatkan rangkaian BOOSTER di sini.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.