Cara Memilih Exfoliator AHA Terbaik untuk Kulit Anda - Paula's Choice Malaysia

Cara Memilih Exfoliator AHA Terbaik untuk Kulit Anda

Paula’s Choice Skincare dikenali peringkat global kerana menawarkan pelbagai jenis leave-on chemical exfoliant lembut yang mengandungi AHA (alpha hydroxy acid). Kajian lanjut mengenai AHA membuktikan Glycolic Acid dan Lactic Acid adalah bahan terbaik dalam rutin penjagaan kulit wajah. Bahan ini sesuai digunakan pada kulit normal sehinga kering serta kulit yang rosak akibat cahaya matahari.

AHA memberi manfaat kepada semua jenis kulit serta turut berkongsi beberapa ciri yang sama dengan BHA (Beta Hydroxy Acid). Kedua jenis exfoliant ini  membantu mengurangkan garis halus dan kedut, menjadikan kulit kelihatan dan terasa lebih anjal, membantu kulit kusam dan tona tidak sekata serta melicinkan tekstur kulit yang kasar.

Namun ciri AHA yang membezakan kedua bahan exfoliant ini adalah keupayaannya untuk mengembalikan kelembapan kulit secara semulajadi dan membantu mengurangkan tanda kerosakan kulit akibat daripada cahaya matahari.

Memilih exfoliant AHA yang terbaik untuk anda bergantung kepada jenis kulit wajah jenis masalah kulit, pilihan jenis tekstur produk yang anda inginkan serta bagaimana kulit anda betindakbalas dengan kekuatan AHA yang berbeza.

Perbezaan di Antara Produk AHA Kami

Paula’s Choice Skincare menawarkan beberapa jenis exfoliant AHA. Kesemuanya adalah efektif kepada kulit anda, namun setiap AHA ini mempunyai kualiti dan ciri yang berbeza mengikut keperluan kulit anda. Anda boleh menggunakan lebih daripada satu produk AHA dengan menggilirkan  produk berdasarkan keperluan kulit wajah anda serta memantau bagaimana produk ini bertindak balas pada kulit wajah anda. Ini adalah pendekatan dimana kami di Paula’s Choice Skincare lakukan!

Exfoliant AHA untuk Kulit Wajah

SKIN PERFECTING 8% AHA Gel Exfoliant: Produk ini merupakan produk original AHA daripada Paula’s Choice Skincare. Gel halus ini sesuai untuk kesemua jenis kulit terutamanya untuk kulit berminyak dan kombinasi. Ianya mengandungi 8% konsentrasi Glycolic Acid dan campuran Chamomile yang menenangkan kulit, teh hijau yang mempunyai antioxidant dan panthenol yang melembabkan kulit wajah. Bahan replenishing seperti Sodium PCA dan Hyaluronic Acid mampu menahan permukaan kulit wajah daripada kehilangan lembapan.

SKIN PERFECTING 8% AHA Lotion Exfoliant: Losyen pelembab melembutkan dan melicinkan kulit ini sesuai untuk kesemua jenis kulit, terutama sekali jenis normal sehingga kulit kering. Seperti 8% AHA Gel kami, losyen AHA 8% ini juga mengandungi Glycolic Acid, Burdock Root yang menenangkan kulit, Allantoin dan Licorice Plus yang mengembalikan lipid secara semula jadi kepada kulit untuk membantu kulit yang kering.

RESIST Daily Smoothing Treatment with 5% AHA: Produk ini merupakan sebahagian daripada rangkaian anti-penuaan daripada Paula’s Choice Skincare. Losyen ringan dan halus ini mengandungi 5% Glycolic Acid dan tambahan campuran antioxidant, Peptide, Ceramide dan bahan menenangkan kulit untuk membantu kulit kelihatan lembut, anjal dan lebih berseri. Sekiranya anda mempunyai jenis kulit kering ke normal, produk AHA ini boleh digunakan secara harian dan dapat membantu merawat masalah kedutan dan tona wajah tidak sekata.

RESIST Advanced Smoothing Treatment 10% AHA: Kombinasi daripada empat bahan Alpha Hydroxy Acid yang berbeza (Glycolic, Lactic, Malic dan Tartaric) berbeza. Serum ringan ini efektif untuk penggunaan sekali seminggu, namun cukup lembut untuk penggunaan harian. Ideal untuk kulit kering ke normal, ianya dapat membantu masalah kulit yang menunjukkan tanda penuaan yang progresif dan kerosakan daripada cahaya matahari, kulit menggelupas dan berkedut. Produk ini boleh membantu kulit menjadi licin dan cerah setelah sekali penggunaan. Resist Advance Smoothing Treatment 10% AHA ini diperkayakan dengan peptide yang bersifat anti-penuaan, ceramide yang menguatkan kulit, ekstrak tumbuhan untuk menenangkan kulit dan sedikit salicylic acid (BHA) untuk mengecilkan saiz pori.

SKIN PERFECTING 25% AHA + 2% BHA Exfoliant Peelmengandungi 25% campuran acid yang dengan ekstrak tumbuhan untung menenangkan kulit. Liquid gel peel ini menghapuskan lapisan kulit mati, kulit kusam, membuka pori yang tersumbat, mengurangkan kedutan teruk pada wajah dan melembutkan tekstur kulit wajah yang kasar. Ia akan membuatkan kulit anda kelihatan segar dan kompleksi yang lembut. Ianya bagus untuk individu yang mengalami tanda penuaan dan kerosakan kulit akibat cahaya mataharia atau individu yang mengalami pori tersumbat.

Aturan pemakaian: Selain daripada exfoliant peel yang dipakai pada kulit yang dibersihkan dan dibilas selepas 10 minit, kesemua produk exfoliant AHA kami harus digunakan selepas wajah dibersihkan dengan pencuci dan memakai toner. Gunakan produk ini bersama produk penjagaan kulit wajah anda yang lain, dan pakaikan mengikut aturan daripada produk yang mempunyai tekstur yang cair/ringan kepada produk yang mempunyai tekstur yang berat. SENTIASA, SENTIASA: lindungi kulit wajah dengan broad-spectrum sunscreen yang mempunyai kadar pelindungan SPF 30 dan ke atas. Hal ini adalah penting untuk memastikan keberkesanan exfoliant AHA serta untuk perlindungan kulit serta kesihatan anda.

Exfoliant AHA untuk Badan

Skin Revealing Body Lotion 10% AHA: Losyen krim yang lembut ini mengandungi 10% glycolic acid, shea butter dan antioxidant yang sesuai untuk kesemua jenis kulit. Ianya lembut apabila disapu pada kulit, dan bertindak segera untuk membanteras sebarang tanda penuaan daripada leher dan ke bawah. Pengunaan kerap dapat membantu kulit yang nipis dan berkedut, memberikan kulit keanjalan dan meninggalkan kesan lembut yang berpanjangan kepada kulit anda. Gunakan pada kulit yang telah dibersihkan dan gunakan losyen badan untuk setiap tubuh badan anda yang kering.

Dapatkan produk berasaskan AHA di sini.

Rujukan

  1. Journal of Dermatological Science, June 2017, pages 238–248
  2. Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, October 2015, pages 21–26
  3. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, December 2014, pages 9-17 and November 2010, pages 135–142
  4. Jundishapur Journal of Natural Pharmaceutical Products, January 2012, pages 9–10
  5. The Journal of Dermatology, January 2006, pages 16–22
  6. Food and Chemical Toxicology, November 1999, pages 1,105–1,111

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.