Cara Mencegah Kesan Pencemaran Persekitaran Kepada Kulit - Paula's Choice Malaysia

Cara Mencegah Kesan Pencemaran Persekitaran Kepada Kulit

Kajian menyatakan bahawa kesan pendedahan kepada udara yang tercemar mempunyai kesan yang sama dengan pendedahan kepada cahaya matahari tanpa perlindungan. Keperluan untuk melindungi kulit daripada pencemaran udara—tidak hanya cahaya UV- adalah sangat penting. Langkah terpenting untuk melindungi kulit daripada pencemaran adalah dengan pemilihan produk yang bertindak untuk memberi perlindungan kulit.

Apa itu Pencemaran Udara?

Pencemaran udara merujuk kepada gas dan partikel yang dilepaskan di udara yang berpunca daripada aktiviti daripada manusia—seperti asap daripada ekzos motor, kereta, kilang, pusat penapisan petroleum dan kimia, asap rokok dan banyak lagi. Kebanyakan bahan pencemar udara ini tidak masuk ke dalam kulit secara kontak, namun, pencemaran ini bertindak dengan mencetus kerosakan permukaan kulit dan seterusnya menjadikan kerosakan kulit ini menjadi lebih mudah diserap masuk ke dalam kulit.

Bahan pencemar jenis tidak bergas yang dikenali sebagai bahan partikel kecil, bersifat cukup kecil untuk menyebabkan zarah ini masuk ke dalam pori dan menjadikan pori tersumbat dan pelbagai masalah kulit berpunca dari pori tersumbat. Bahan pencemar ini turut dikenali sebagai nanoparticle oleh kerana saiz zarah yang kecil. Membasuh muka sahaja tidak cukup untuk membuang sel partikel tercemar yang telah meresap ke dalam pori.

 

 

Walaupun kebanyakan pencemaran udara berlaku di bandar besar, kawasan luar bandar juga tidak terkecuali daripada risiko ini. Kesemua jenis pencemaran bergerak bebas di ruangan atmosfera, air dan kekal di permukaan tanah. Pencemaran ini mudah berlaku dan bergerak bebas daripada bandar berindustri ke tempat lain.

Bagaimana Pencemaran Memberi Kesan Kepada Kulit

Kajian saintifik telah membuktikan mengenai impak pendedahan berterusan kepada pencemaran memberi kesan yang buruk kepada kesihatan dan penampilan kulit. Terdapat lima jenis pencemaran udara yang memberikan kesan yang besar kepada kesihatan dan penampilan kulit:

  1. Ekzos kenderaan
  2. Asap rokok
  3. Sisa kilang
  4. Bahan zarah kecil, nanoparticle (termasuk bahan mudah meruap daripada sebatian organis dalam bentuk aerosol)
  5. Jerebu

Kesemua jenis pencemaran ini menyebabkan kerosakan radikal bebas kepada kulit—dan jerebu merupakan salah satu daripada pencemaran yang memberi kesan nyata berbahaya kepada kulit. Sekiranya tiada langkah perlindungan yang digunakan, kerosakan kulit ini akan mengakibatkan kemerosotan kesihatan kulit dan menjadikan kerosakan kulit dan menjadikan kesan penuaan yang lebih pantas.

Pencemaran juga mengakibatkan microbiome kulit menjadi tidak stabil dengan cara menganggu pertahanan kulit—seterusnya memburukkan lagi kesan pencemaran kepada kulit. Antara kesan yang berpunca daripada pendedahan kepada udara yang tercemar adalah seperti berikut

  • Bintik hitam
  • Kulit kusam dan tidak sekata
  • Kemerosotan kemampuan kulit untuk menjadi tegang—menghasilakn garis halus dan kedutan.
  • Pori besar
  • Kulit sensitif dan kemerah-merahan
  • Kulit kering dan gatal

Bahan pencemar udara yang mempunyai sifat zarah yang kecil akan terperangkap di dalam pori dan menjadikan kulit berjerawat. Jerawat ini tercetus akibat daripada bahan kimia dan pencemaran yang berlaku. Kesan daripada jerawat yang berpunca daripada pencemaran ini bertindak jauh ke dalam kulit—kawasan yang sama kedutan dan perubahan warna pada kulit berlaku.

Seperti yang dinyatakan, apabila permukaan kulit terkesan, bahan pencemar udara yang berzarah kecil akan masuk ke dalam kulit melalui permukaan kulit yang rosak. Hal ini membuktikan mengenai kepentingan penjagaan kulit supaya kekal berpenampilan sihat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan.

Sudah semestinya pernafasan merupakan cara utama untuk pencemaran udara masuk ke dalam tubuh badan. Anda boleh mengurangkan kesan kerosakan dengan cara berhenti merokok dan dengan memakan makanan yang kaya dengan antioksida. Hal ini sama kepada kulit kerana terdapat langkah penting yang dapat dilakukan untuk mengurangkan impak pencemaran udara kepada kulit.

Penjagaan Kulit Wajah daripada Pencemaran 

Fakta penting yang perlu diketahui: Tidak ada cara yang boleh melindungi kulit daripada kesan pencemaran sepenuhnya secara 100%. Langkah yang diambil ini adalah langkah pencegahan yang akan membantu untuk memperkukuhkan kesihatan kulit supaya bahan pencemar tidak mudah meresap masuk ke dalam kulit.

Apakah yang boleh dilakukan untuk melindungi kulit daripada bahan pencemar di udara dan kesan yang akan dicetuskan? Gunakan penjagaan kulit wajah dengan bahan yang bersifat anti-pencemaran yang bertindak untuk memberhentikan impak kerosakan kulit yang berturut-turut. Bahan penjagaan kulit wajah yang bersifat anti-polusi diformulasikan dengan bahan antioksida yang menyekat kesan pencemaran kepada kulit—namun ianya memerlukan lebih daripada antioksida. Produk penjagaan anti-polusi harus mengandungi bahan yang bertindak untuk menenangkan kulit dan bahan yang mampu meneutralkan kesan kerosakan kulit daripada bahan pencemar. Produk yang melindungi kulit daripada pencemaran juga harus mempunyai bahan skin-replenishing yang menggantikan nutrien yang hilang.

Ianya juga adalah penting untuk menggunakan exfoliant AHA atau BHA—hal ini kerana bahan ini bertindak untuk mengeluarkan segala bahan polutan yang terperangkat di dalam pori. Bahan yang mampu mencerahkan kulit juga merupakan bahan yang banyak membantu kulit yang mengalami kerosakan akibat daripada pencemaran. Kulit yang mengalami kerosakan akibat daripada pencemaran menunjukkan kesan pigmentasi dan menjadikan tona kulit tidak sekata.

Adakah Blue Light tergolong sebagai salah satu bahan pencemar?

Secara teknikalnya blue light bukanlah salah satu daripada bahan pencemar. Namun, pendedahan berterusan daripada blue light merupakan isu yang besar. Isu ini tidak banyak daripada persekitaran, namun daripada peranti digital.  

Walaupun blue light daripada persekitaran daripada cahaya matahari adalah jauh dan terserak, namun cahaya biru daripada telefon pintar, tablet dan komputer sangat memberi kesan kepada kulit oleh kerana cahaya yang dekat. Pendedahan blue light berterusan dan secara dekat akan memberi kesan kepada terutama sekali kepada mata.

Antioksida, terutama sekali pigmen tumbuhan—sebagai contoh xanthophylls  dan polyphenols anggur boleh membantu kulit daripada kerosakan akibat daripada blue light. Walaupun terdapat kaedah rawatan yang boleh membantu kulit daripada kerosakan akibat daripada blue light, cara yang terbaik adalah dengan menukar tetapan peranti anda kepada yellow light atau dikenali dengan mod malam.

Dapatkan rangkaian DEFENSE di sini.

Rujukan

  1. Journal of Dermatological Science, April 2018, ePublication; and December 2014, pages 163–168
  2. Cosmetics, Volume 5, January 2018, ePublication
  3. Genes, October 2017, ePublication
  4. Indian Journal of Dermatology, Venereology, and Leprology, July-August 2017, pages 415–423
  5. Experimental Dermatology, May 2017, pages 384–387
  6. Advances in Dermatology and Allergology, February 2017, pages 6–14
  7. OMICS, November 2016, pages 615–626
  8. Life Sciences, May 2016, pages 126–134
  9. Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology, December 2015, pages 2326–2332
  10. Frontiers in Environmental Science, May 2014, ePublication

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.