Fungsi Gliserin dalam Produk Penjagaan Kulit - Paula's Choice Malaysia

Fungsi Gliserin dalam Produk Penjagaan Kulit

Terdapat beberapa bahan yang kurang mendapat perhatian dalam dunia penjagaan kulit wajah, walaupun bahan ini mempunyai potensi serta fungsi yang besar dalam formulasi produk penjagaan kulit wajah. Gliserin adalah satu dari bahan yang kurang mendapat perhatian! Penggunaan Gliserin dalam produk penjagaan kulit wajah tidaklah asing, namun, pertama sekali—apakah itu Gliserin?

Mengenali Gliserin

Gliserin merupakan salah satu daripada komponen kulit yang sihat. Kajian terdahulu menggunakan istilah Gliserol, namun begitu, kedua-dua perkataan ini merujuk kepada bahan yang sama.

Sama ada bahan ini diperolehi daripada sumber sayuran, haiwan atau sintetik, Gliserin adalah higroskopik. Higroskopik (hygroscopic) merupakan sifat bahan yang menyerap lembapan daripada persekitaran dan mengekalkan kelembapan pada kulit. Perkataan lain bagi higroskopik adalah humektan (humectant). Bahan humektan yang lain termasuklah Propylene Glycol, AHA seperti Glycolic Acid, Hyaluronic Acid, Sodium Hyaluronate dan Sorbitol.

Kajian telah membuktikan keupayaan Gliserin untuk meniru faktor pelembab semulajadi dalam kulit (NMF), dan hal ini menyebabkan bahan ini sesuai untuk semua jenis kulit pada pelbagai peringkat usia. Keupayaan kulit untuk mengembalikan kelembapan secara semulajadi akan berkurangan dari semasa ke semasa akibat daripada faktor umur, pendedahan kepada persekitaran serta penggunaan bahan yang memberikan keradangan kepada kulit, seperti Alkohol SD.

Oleh itu, Gliserin merupakan bahan yang baik untuk kulit anda.

Manfaat Gliserin Dalam Produk Penjagaan Wajah

Terdapat pelbagai manfaat daripada gliserin, terutamanya untuk membantu melembabkan kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit. Antara manfaat gliserin yang lain adalah:

  • Membantu melindungi kulit daripada iritasi yang berpunca daripada persekitaran.
  • Bekerjasama dengan emolien dan minyak untuk mengembalikan kelembutan kulit yang kering, menggelupas.
  • Mengukuhkan dan melindungi penghalang lembapan kulit supaya dapat mengekalkan kadar penghidratan yang optimum pada kulit.
  • Mempertingkatkan kadar serapan bahan lain ke lapisan kulit.
  • Mengekalkan penampilan kulit yang remaja serta daya ketahanan kulit.

Gliserin juga terlibat dalam pengangkutan serta aktiviti aquaporins pada permukaan kulit. Aquaporins merupakan protein penting yang menyalurkan bahan lembapan seperti air dan Gliserol pada permukaan kulit atas. Gliserin memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan lembapan kulit yang seimbang dan menjadikan julit merasa selesa walaupun berada pada cuaca yang kering. 

Gliserin mempunyai sejarah penggunaan yang selamat untuk digunakan dan merupakan bahan yang tidak akan mengakibatkan alergik, serta sesuai untuk kulit yang cenderung untuk berjerawat. Terdapat banyak sebab untuk menggunakan produk yang mengandungi bahan wira yang tidak didendangkan ini yang turut terdapat dalam formulasi pembersih wajah, serum dan pelembab.

Rujukan

  1. International Journal of Cosmetic Science, August 2016, ePublication
  2. Journal of Allergy and Therapy, volume 4, Issue 4, 2013, pages 1–6
  3. European Journal of Pharmaceutical Sciences, December 2013, pages 638–645
  4. Handbook of Experimental Pharmacology, volume 190, 2009, pages 205–217
  5. British Journal of Dermatology, July 2008, pages 23–34
  6. Journal of Cosmetic Dermatology, June 2007, pages 75–82

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.