Kenali Bahan yang Mengakibatkan Kulit Sensitif - Paula's Choice Malaysia

Kenali Bahan yang Mengakibatkan Kulit Sensitif

Penggunaan produk mengandungi bahan yang mengakibatkan kulit sensitif akan memberi impak yang tidak diingini kepada kulit. Kesan merah, menggelupas, merupakan antara kesan penggunaan bahan yang mengakibatkan kulit sensitif. Oleh itu, elakkan daripada membeli produk yang mengandungi bahan merengsa. 


Penggunaan bahan yang boleh mengakibatkan kulit sensitif boleh memberi kesan kepada kulit kita. Apakah sifat bahan ini? 

  • Bersifat kasar
  • melelas (abrasive
  • mengandungi pewangi 

Kami akan berkongsi mengenai produk yang mengandungi bahan yang mengakibatkan kulit sensitif supaya anda dapat memilih produk yang mampu menjadikan kulit cantik seperti yang diidamkan! 

Tidak ramai yang menyedari mengenai hakikat dan kesan penggunaan bahan yang mengakibatkan kulit sensitif ini dalam tempoh jangka masa panjang akibat daripada penggunaan berterusan bahan ini. Berikut merupakan huraian daripada kesan penggunaan bahan yang mengakibatkan kulit sensitif berdasarkan jenis kulit: berminyak dan kering.

Bahan yang mengakibatkan kulit sensitif akan mengakibatkan kulit berminyak menghasilkan lebih banyak minyak menjadi punca jerawat tumbuh dengan lebih teruk

Bahan yang mengakibatkan kulit sensitif ini akan memberi kesan kepada kulit wajah yang jenis berminyak dan berjerawat. Apabila bahan ini bertindak secara kasar pada permukaan kulit, hal ini akan menjadikan reaksi rantaian yang menyebabkan kulit anda menghasilkan minyak yang lebih banyak dan menggalakkan pertumbuhan jerawat dengan lebih aktif. 

Sekiranya kulit berminyak dan berjerawat ini tidak dirawat, hal ini akan mengakibatkan keadaan kulit wajah akan menjadi lebih teruk. Perkara yang perlu dilakukan adalah dengan mengawal lebihan minyak pada wajah dan mengawal pertumbuhan jerawat serta pori tersumbat. Namun penggunaan produk yang salah akan merumitkan lagi keadaan untuk menyelesaikan masalah kulit anda.

Alkohol (denatured atau SD) merupakan bahan utama dalam produk penjagaan kulit yang boleh mengakibatkan kulit menjadi sensitif. Bahan seterusnya pula adalah pewangi. Perlu diketahui bahawa bahan pewangi tidak kira sama ada ianya bersifat semula jadi atau sintetik, kedua-duanya borpotensi mengakibatkan kulit sensitif. Minyak essential (essential oil) pula kebiasaannya diluluskan untuk dimasukkan dalam produk penjagaan kulit muka namun kajian membuktikan yang sebaliknya. Terdapat individu yang memberi tidak balas yang negatif daripada penggunaan minyak ini di dalam produk penjagaan kulit muka. Produk bebas alkohol dan bebas dari pewangi adalah pilihan utama untuk penjagaan lembut untuk kesemua jenis kulit wajah- terutama sekali untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Bahan yang mengakibatkan kulit sensitif akan mengakibatkan kulit kering menjadi semakin teruk 

Kulit kering juga adalah jenis kulit yang turut terkesan daripada penggunaan bahan yang boleh mengakibatkan kulit menjadi sensitif. Perbezaannya bagi kulit kering pula sifat bahan ini akan menjadikan kulit bertambah kering, menggelupas, hilang lembapan dan kelihatan kusam. Kami pasti ianya bukan perkara yang anda mahukan daripada produk penjagaan wajah!

Bahan yang mengakibatkan kulit sensitif seperti denatured alcohol dan pewangi boleh mempercepatkan proses pengeringan pada permukaan kulit yang seterusnya menjadikan kulit berasa tegang dan ketat. Penggunaan berterusan bahan ini akan membantutkan keupayaan kulit untuk merawat kulit supaya kelihatan lembut, lembap dan anjal. Sekiranya anda mempunyai kulit kering, bersisik dan menggelupas, bertukar kepada produk yang tidak memberi iritasi kepada kulit akan memberi kesan nyata yang boleh dilihat kepada kulit-- kebiasaannya dalam tempoh yang singkat! 

Jadi, apakah langkah dan bahan terbaik untuk membantu masalah kulit berdasarkan jenis kulit anda? Pilihan yang terbaik adalah dengan menggunakan formulasi produk yang tidak mempunyai alkohol, bahan pewangi serta minyak pati (essential oil) yang menjadi punca kepada kulit sensitif. 

Kandungan bahan yang lembut akan memberi manfaat untuk semua jenis kulit

Merawat wajah dengan cara yang lembut adalah langkah terbaik yang boleh anda lakukan ntuk mendapatkan kulit cantik. Merawat wajah dengan cara yang lembut boleh mengekalkan kulit yang lembut dan berseri, membantu kulit daripada kerosakan akibat daripada persekitaran, mengurangkan lebihan minyak pada kulit dan dan boleh mengecilkan saiz pori pada wajah.

10% Niacinamide Booster membantu mengawal pengeluaran minyak dan mengecilkan pori 

Kami pasti anda akan dapat melihat perubahan yang ketara hanya dengan mengelak daripada pengunaan produk yang mempunyai bahan yang mengakibatkan kulit sensitif dan kasar kepada kulit anda. Hal ini tidak hanya kepada produk sahaja, namun termasuk juga dengan tabiat penjagaan kulit. Perkara seperti menarik dan menggosok kasar kulit terutama di bahagian mata akan mempercepatkan proses penuaan pada kulit. Penggunaan skrub kasar yang mampu melelaskan kulit, menggunakan air panas untuk mencuci wajah dan menggunakan produk yang boleh membuatkan kulit berasa seperti perit dan dicucuk adalah perkara yang perlu dielakkan!


Elakkan Bahan Berikut Apabila Membeli Produk Penjagaan Wajah

Berikut merupakan bahan yang anda perlu berjaga-jaga apabila membeli produk penjagaan wajah

  • Skrub kasar (mengandungi aluminium oxide crystal, walnut shells, biji buah atau pumice
  • Toner yang mengandungi alkohol, menthol, peppermint dan witch hazel
  • Scrub mitten dan loofah
  • Masker yang mengandungi pewangi essential oil dan polyvinyl alcohol
  • Berus pembersih wajah (kecuali ianya menawarkan berus yang ultra lembut kepada kulit sensitif
  • Sabun buku dan sabun muka yang dibukukan, kebiasaanya bersifat mengeringkan walaupun dinyatakan sebaliknya
  • Produk yang mempunyai bahan pewangi- sama ada semulajadi atau sintetik
  • Air terlalu sejuk atau air panas-- (air suam adalah ideal)
  • Wap wajah atau meletakkan ais pada wajah
  • Mencungkil kulit

Elakkan Bahan Iritasi Berikut Apabila Mencari Produk Penjagaan Muka!

  • Ammonia
  • Arnica
  • Balm mint
  • Balsam
  • Bergamot
  • Camphor
  • Cinnamon
  • Citrus juices and oils
  • Clove
  • Clover blossom
  • Coriander
  • Essential oils
  • Eucalyptus
  • Eugenol
  • Fennel oil
  • Fir needle
  • Fragrance (natural atau sintetik)
  • Geranium
  • Grapefruit
  • Horsetail
  • Isoeugenol  
  • Lavender
  • Lemon
  • Lemongrass
  • Lime
  • Linalool
  • Melissa (lemon balm)
  • Menthol
  • Menthoxypropanediol
  • Menthyl lactate
  • Mint
  • Oak bark
  • Oren
  • Petik
  • Parfum
  • Peppermint
  • Rose oil
  • Sandalwood oil
  • Sodium C14-16 olefin sulfate
  • Sodium lauryl sulfate
  • TEA-lauryl sulfate
  • Thyme
  • Wintergreen 
  • Witch hazel
  • Ylang-ylang

Masih terdapat segelintir yang berpendapat bahawa bahan ini tidak akan memberikan kesan kepada kulit mereka. Hal ini kerana kulit mereka tidak menunjukkan reaksi daripada pemakaian bahan ini. Namun, tidak kesemua kulit akan memberikan reaksi dengan cepat. Bahan yang mengakibatkan kulit sensitif ini akan merosakkan kesihatan kulit secara perlahan dan akan mengakibatkan kesan yang muncul pada kemudian hari. Perkara yang terbaik adalah dengan mengelakkan penggunaan bahan ini dan cari bahan serta produk alternatif yang tidak mempunyai bahan yang boleh merosakan kulit. 

Dapatkan rangkaian CALM untuk kulit sensitif.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.