Lima Mitos Penjagaan Kulit Wajah yang Perlu Diketahui - Paula's Choice Malaysia

Lima Mitos Penjagaan Kulit Wajah yang Perlu Diketahui

Mitos 1: Produk penjagaan kulit wajah mahal lebih bagus daripada produk penjagaan yang murah

Mitos ini merupakan mitos yang telah meyakinkan ramai orang dan sukar untuk dihalang. Tiada kebenaran saintifik yang dapat dibuktikan dengan harga produk yang mahal dalam dunia penjagaan kulit wajah serta dunia kosmetik. Hasil kajian selama 35 tahun, kami telah mendekati pelbagai jenis jenama-- produk yang bagus dan produk yang tidak bagus boleh datang dari pelbagai kategori harga.

Berbelanja untuk produk yang murah tidak akan merosakkan kulit anda, dan berbelanja secara berlebihan untuk produk penjagaan kulit wajah juga tidak semestinya akan banyak membantu. Kami di Paula’s Choice Skincare percaya bahawa penjagaan kulit wajah tidak perlu membazir duit dan penjagaan kulit supaya kelihatan cantik bukanlah suatu kemewahan.

Mitos 2: Bahan semulajadi adalah yang terbaik untuk kulit

Mitos ini juga antara mitos yang mendapat kepercayaan orang ramai. Hal ini kerana bahan semulajadi mempunyai variasi manfaat yang luas. Namun begitu, tiada fakta dan kajian saintifik yang dapat membuktikan bahan semujadi atau bahan organik adalah lebih bagus untuk kulit. Seperti yang sedia maklum, terdapat juga tumbuhan (juga bahan semulajadi!) yang beracun dan mengakibatkan kesan alergi, maka fakta mengenai kesemua bahan semulajadi adalah pilihan terbaik untuk kulit adalah fakta yang tidak tepat

Mitos 3: Kesan sejuk, dan sensasi berdenyut (tingling) pada kulit menandakan produk tersebut berkesan

Mitos ini adalah mitos yang meluas—serta mitos yang kami perlu tekankan. Kepercayaan mengenai produk yang memberi rasa sejuk dan kesan tingling pada kulit merupakan penanda aras kepada keberkesanan produk tersebut kepada kulit adalah tidak tepat sama sekali, dan ianya adalah tanda kulit anda sensitif kepada bahan tersebut.

Antara bahan yang mengakibatkan kesan sejuk dan sensasi tingling kepada kulit adalah denatured atau SD Alkohol, menthol, menthyl lactate, peppermint oil, camphor, dan eucalyptus. Elakkan produk yang mengandungi bahan ini—dan kulit anda akan berterima kasih kepada anda!

Kami kerap menerima respon mengenai bagaimana individu menggemari kesan bahan ini kepada kulit dan mereka tidak melihat sebarang kesan buruk kepada kulit akibat daripada pemakaian produk yang mengandungi bahan ini —dan menganggap mereka sesuai dengan bahan ini. Ketahanan kulit individu berbeza daripada hari ke hari. Walaupun kulit tidak menunjukkan kesan negatif secara serta merta, penggunaan bahan yang menyebabkan kulit sensitif akan perlahan-lahan menunjukkan kesan pada kemudian hari.

Mitos 4: Banyakkan minum air sekiranya kulit kering

Mitos kecantikan ini adalah mitos yang paling sukar untuk ditangkis, namun ini adalah fakta yang kami akan kongsikan kepada anda. Minum air dengan jumlah yang tertentu adalah bagus untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan anda, tapi sekiranya kulit anda kering—anggapan bahwa kulit kering boleh dibantu dengan meminum air adalah salah. Sekiranya itu adalah perkara yang terbukti berkesan, sudah tentu tidak ramai individu yang mempunyai masalah kulit kering, bukan? Punca dan penyelesaian kulit kering adalah lebih kompleks daripada hanya meminum air.

Secara umum meminum air sudah semestinya memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan, namun adakah lapan gelas sehari seperti yang dinyatakan adalah jumlah yang tepat dan optimum untuk  memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan? Tiada sokongan medikal yang menyatakan lapan gelas sehari adalah jumlah yang optimal—sesetengah individu memerlukan kurang daripada lapan gelas sehari dan individu yang melakukan aktiviti lasak dan mengeluarkan peluh yang banyak perlukan lebih daripada ini. Air juga boleh didapati daripada makanan.

Adakah air boleh membantu kulit kering? Sehingga baru-baru ini, tiada kajian saintifik yang membuktikan perkaitan antara jumlah air yang diminum dapat memberi kesan dengan tahap kelembapan  kulit—sehinggalah satu kajian daripada  Clinical Cosmetic Investigative Dermatology yang melakukan kajian mengenai bagaimana meminum air dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit. Namun kajian tersebut menyatakan tubuh badan memerlukan lebih daripada lapan gelas untuk melihat hasil kepada kulit.

Tidak kira berapa kuantiti air yang diminum-- ianya tetap tidak dapat menggantikan rutin penjagaan kulit wajah yang dicadangan. Untuk mendapatkan kulit yang terbaik sudah semestinya mengambil kira diet seseorang individu, namun produk yang dipakai adalah penting untuk membantu kesihatan kulit yang tidak dapat dibantu dengan air.

Mitos 5: Sesebuah produk akan berhenti memberikan kesan— kepada kulit dan ini adalah kerana kulit anda telah mengadaptasi bahan ini dan menjadikan produk tersebut tidak lagi efektif

Kulit anda tidak akan menyesuaikan keadaannya dengan sesuatu bahan sehingga menyebabkan ianya tidak lagi bertindak efektif kepada kulit. Analogi ini adalah sama seperti diet—bayam dan anggur adalah sihat untuk anda dan ianya akan kekal sebagai makanan yang sihat untuk anda selama-lamanya.

Ini adalah kebenaran yang sama kepada kulit anda—selagi anda menggunakan bahan yang bermanfaat kepada kulit dan mengelak daripada bahan dan perkara yang merosakkan kulit seperti membiarkan kulit terdedah kepada cahaya matahari tanpa sebarang perlindungan, kulit anda akan sentiasa kelihatan sihat.

Anda mungkin tertanya-tanya mengenai bagaimana mitos ini masih kekal? Perkara ini terjadi daripada peralihan penggunaan bahan yang mengakibatkan kulit sensitif kepada produk yang diformulasikan secara efektif. Pada peringkat ini, kulit akan menunjukkan kesan yang dramatik dan selepas beberapa minggu, anda akan melihat kulit tidak lagi memunjukkan kesan seperti peringkat awal, dan peningkatan yang berlaku juga tidak terjadi secara mendadak seperti peringkat awal. Pada peringkat ini, kulit anda sedang mengekalkan keadaan yang sihat, licin dan awet muda—dan ianya bukanlah petanda anda perlu mencari produk yang lain!

 Rujukan

  1. Experimental Dermatology, October 2014, Supplement 1, pages 7-12
  2. Skin Pharmacology and Physiology,2008, issue 4, pages 191-202
  3. American Journal of Clinical Dermatology, 2003, issue 11, pages 789-798
  4. International Journal of Cosmetic Science, February 2000, issue 1, pages 21-52
  5. Cutis, June 1987, issue 6, pages 512-515

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.