Manfaat Retinol Kepada Kulit - Paula's Choice Malaysia

Manfaat Retinol Kepada Kulit

Apa itu Retinol?

Retinol merupakan nama lain untuk vitamin A. Terdapat banyak derivatif vitamin A, tetapi retinol adalah nama untuk bentuk tulen. Vitamin A mempunyai impak yang besar pada permukaan kulit kerana bahan ini membantu mengembalikan penampilan kulit yang lebih muda.

Apabila kulit terjejas oleh serangan alam sekitar dan terlihat tanda-tanda penuaan seperti tona kulit tidak sekata, pori-pori membesar dan tekstur kulit yang kasar, Retinol dapat membantu kesemua isu kulit tersebut.

Ringkasnya, penampilan kulit anda boleh bertambah baik apabila anda menggunakan Retinol sebagai sebahagian rutin penjagaan kulit anda.

Bagaimana Retinol Berfungsi Kepada Kulit?

Sebaik sahaja Retinol dipakai pada kulit, bahan ini bertidak dengan membantu kulit untuk kelihatan lebih sihat dan sekata— serta bahan ini bekerja seiring dengan bahan-bahan lain yang terbukti dapat mengurangkan pelbagai masalah kulit dengan ketara.

Retinol juga membantu menggalakkan penampilan kulit wajah yang lebih tegang, kulit kelihatan lebih sihat, dan secara semula jadi mengatasi kebimbangan seperti kulit yang kusam dan tekstur kasar. Dengan Retinol, anda akan melihat kulit yang lebih berseri, kelihatan lebih muda, penampilan yang lebih licin dan rasa tegang yang ketara.

Manfaat Retinol

Apabila anda mula menggunakan produk yang mengandungi konsentrasi Retinol yang sesuai, anda dapat melihat perubahan yang ketara berlaku pada kulit. Penampilan garis-garis halus dan kedutan yang berkurangan, kulit yang lebih anjal, serta tona kulit yang lebih sekata hanyalah beberapa faedah yang akan anda perolehi.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyokong penggunaan Retinol anda dengan produk lain yang membantu meningkatkan keberkesanannya. Menggunakan pelindung matahari berspektrum luas adalah penting. Malah bahan anti-penuaan yang paling berkesan dan terbukti oleh penyelidikan seperti retinol tidak akan berfungsi seperti yang anda mahukan jika anda tidak tekun tentang perlindungan matahari setiap hari.

Ia juga penting untuk diingat bahawa walaupun vitamin A adalah bahan antipenuaan superstar untuk kulit, penggunaan hanya satu bahan tidak cukup untuk menjaga kulit sebaik mungkin.

Fakta inilah yang menyebabkan kesemua formulasi Paula's Choice mengandungi bahan-bahan penjagaan kulit lain yang sangat penting untuk membantu meremajakan dan mengekalkan penampilan licin kulit seperti antioksida, bahan-bahan tambahan kulit dan bahan-bahan yang memulihkan kulit.

Ulasan tambahan: Apabila berbicara mengenai produk yang mengandungi retinol, pembungkusan adalah penting. Retinol adalah bahan yang kuat namun ianya mudah rosak dengan pendedahan rutin kepada cahaya dan udara. Atas sebab ini, elakkan produk retinol yang dibungkus dalam balang atau bekas jernih.

Dapatkan produk retinol di sini.

Rujukan

  1. Clinical Interventions in Aging, December 2006, pages 327-348
  2. Archives of Dermatology, December 2006, pages 606-612
  3. American Journal of Clinical Dermatology, 2008, pages 369-381
  4. Cosmetic Science, July-August 2006, pages 261-277
  5. Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, May 2012, pages 32-40
  6. Molecules, February 2012, pages 2219–2230

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.