Masker Terbaik untuk Kulit Berminyak dan Mudah Berjerawat - Paula's Choice Malaysia

Masker Terbaik untuk Kulit Berminyak dan Mudah Berjerawat

Setiap individu akan mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan jerawat, namun kajian  berterusan menunjukkan dan kombinasi tiga bahan ini terbukti berkesan untuk kulit cenderung berjerawat. Tiga bahan ini adalah pencuci wajah yang bagus, Salicylic Acid (BHA) dan Benzoyl Peroxide. Ketiga-tiga bahan ini merupakan barisan utama utama kulit anda untuk melawan jerawat dan kesan cela. Walaupun ketiga-tiga bahan ini bertindak efektif untuk melawan jerawat, anda masih boleh menggunakan bahan lain untuk melawan kulit berminyak serta pori tersumbat. Bahan lain yang anda boleh gunakan di dalam rutin adalah mask. Namun, apakah mask yang sesuai untuk jenis kulit berminyak dan mudah berjerawat?

Bagi kulit berminyak dan cenderung untuk jerawat, ianya adalah penting untuk menggunakan bahan yang menyerap serta menenangkan kulit. Bahan ini akan membantu menyedut segala kekotoran di dalam pori dan menyerap lebihan minyak, namun dalam masa yang sama tidak mengakibatkan kulit anda merah, sensitif dan kering. Jadi, apakah jenis mask yang sesuai untuk jerawat?

Mask Arang


Mask arang adalah sesuai untuk kulit cenderung jerawat kerana arang mempunyai permukaan berliang dan menyerap seperti magnet untuk bahan-bahan tertentu, termasuklah sebum pada kulit.

Arang tidak hanya meresap minyak dan kotoran pada permukaan kulit, namun dalam masa yang sama bertindak untuk memerangkap bahan ini supaya ianya tidak kembali pada kulit wajah. Apabila mask ini dibilas dengan air, segala bahan-bahan yang tidak diperlukan pada kulit turut dibuang—memberikan penampilan kulit wajah yang lebih segar, licin dan pori yang tidak tersumbat.

Mask arang merupakan bahan yang baik untuk kulit, namun begitu, kami tidak sekali-kali menggalakkan pemakaian mask arang dibuat sendiri (DIY). Memakai arang pada kulit wajah mungkin kelihatan mudah, namun ianya tidak kemas dan kasar. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan mask khas untuk kulit berjerawat dan berminyak. Ini dapat membantu keseimbangan bahan itu sendiri supaya ianya tidak menyerap segala minyak dalam kulit secara total dan mengakibatkan kulit kering dan terik—dan mask yang direka khas lebih mudah untuk ditanggalkan berbandung serbuk arang asli.

Mask Tanah Liat (Clay Mask)

Mask Tanah Liat untuk kulit berminyak dan berjerawat membantu penyerapan lebihan minyak, namun dalam masa yang sama membantu menanggalkan kotoran yang terdapat pada permukaan pori yang tersumbat. Hasilnya? Kulit yang seimbang sebum, kurang potensi untuk tumbuh jerawat dan pori yang kelihatan kecil.



Peringatan: Berhati-hati dengan mask tanah liat (atau sebarang mask!) yang mengandungi menthol, peppermint, essential oil (minyak pati), atau alkohol yang mengeringkan (denatured alcohol). Kesemua bahan ini boleh mencetuskan kulit sensitif dan mengakibatkan kulit mengeluarkan minyak dengan lebih banyak, dan mengakibatkan jerawat tumbuh dengan lebih agresif.

Mask “Fuller Earth”

Bahan lain yang anda mungkin anda jumpai untuk mask bagi merawat jerawat adalah fuller’s earth. Fuller’s earth merupakan bahan semulajadi, seperti tanah liat yang mempunyai sifat matt yang membantu menyerap lebihan minyak pada kulit.

Mask sejenis ini sesuai untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat oleh kerana sifatnya yang menyerap sebum. Fuller’s earth ini mempunyai banyak jenis kegunaan serta manfaat kepada kesihatan. Bahan ini juga merupakan salah satu bahan dalam pasir kumbahan kucing. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya ada menjumpai beberapa resepi masker DIY yang menggunakan pasir kumbahan kucing sebagai bahan utama masker wajah.

Elakkan menggunakan resepi DIY  yang menggunakan bahan yang bukan untuk kulit wajah, terutama sekali pasir kumbahan kucing! Tidak hanya ianya kasar, namun kebanyakan formulasi pasir kucing mempunyai bahan pewangi dan bahan yang memberi iritasi kepada kulit. Kedua-dua bahan ini boleh memberikan kesan iritasi kepada kulit, dan boleh menjadi punca terbesar kepada pertumbuhan jerawat. Simpan pasir kumbahan kucing untuk kucing anda, dan bukan untuk kegunaan wajah anda!

Penggunaan mask mengandungi salicylic acid untuk jerawat

Salicylic acid, atau BHA bertindak efektif untuk mengawal jerawat— oleh itu bahan ini bukanlah bahan yang asing untuk mask wajah bagi kulit yang mudah berjerawat. Namun begitu, mask mengandungi salicylic acid bukanlah cara pemakaian yang terbaik untuk mengawal jerawat bagi kulit wajah anda. Salicylic acid akan menjadi lebih bermanfaat dalam bentuk formulasi tanpa bilas berbanding formulasi yang perlu dibilas. Hal ini kerana pemakaian produk tanpa bilas ini memberi masa kepada BHA untuk bertindak di dalam pori untuk melarutkan segala bahan yang mengakibatkan pori tersumbat dan mengakibatkan jerawat.

Antara nota terpenting untuk salicylic acid adalah ianya perlu diformulasikan dengan julat pH tertentu supaya ianya bertindak efektif sebagai exfolian, namun kebanyakan mask salicylic acid tidak menepati kriteria yang dinyatakan. Walaupun anda mungkin mendapat mengurangkan tanda merah akibat keradangan daripada salicylic acid di dalam mask, BHA hanya bertindak efektif dalam formulasi tanpa bilas.

Dapatkan rangkaian mask di sini.

Rujukan

  1. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, August 2015, pages 455–461
  2. American Journal of Clinical Dermatology, December 2012, pages 357–364
  3. Chemosphere, August 2005, pages 1129–1140
  4. Ceska a Slovenska Farmacie, November 2004, pages 304–309
  5. Chemical & Engineering News, April 2004, page 26
  6. International Journal of Toxicology, January 2003, pages 37–102

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.