Mengatasi Jerawat Badan - Paula's Choice Malaysia

Mengatasi Jerawat Badan

Tompok jerawat cukup menjengkelkan apabila tumbuh pada kawasan wajah, namun sesetengah individu berjuang dengan jerawat yang tumbuh pada kulit badan—pada bahagian leher, dada dan bahagian belakang adalah kawasan yang paling sukar untuk diatasi. Apa yang mengelirukan adalah jerawat pada bahagian badan lebih sukar ditangani dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.



Terdapat beberapa cara untuk mengawal jerawat badan dengan menggunakan bahan yang terbukti efektif melawan pertumbuhan jerawat. Produk yang diformulasikan secara seimbang adalah pilihan terbaik bagi kulit berjerawat pada bahagian badan. Elakkan penggunaan produk yang bersifat kasar kepada kulit, kerana ianya akan mengakibatkan keadaan kulit menjadi lebih teruk.

Rawatan Jerawat Badan 101

Sebelum berbincang dengan lebih mendalam, perkara yang utama perlu diketahui adalah kajian telah membuktikan bahawa rawatan jerawat badan memerlukan bahan  yang sama diperlukan untuk merawat jerawat pada bahagian wajah.

Benar, terdapat beberapa jenis jerawat yang berbeza. Namun apabila berbincang mengenai produk yang boleh didapati dalam pasaran—bahan yang digunakan untuk merawat jerawat pada kulit wajah adalah bahan yang sama untuk kawasan badan.

Berikut merupakan asas untuk membanteras jerawat pada kulit badan:

  • Bersihkan kulit wajah dengan lembut—elakkan sabun buku. Pencuci yang berformulasi lembut, dan pembersih larut air merupakan langkah utama untuk memperbaiki kulit. Pencuci badan yang tidak mempunyai pewangi, tidak mengandungi minyak atau emolien seperti shea butter merupakan langkah yang terbaik!

  • Kebanyakan formulasi sabun buku yang dihasilkan agak kasar kepada kulit. Kebanyakan sabun buku yang dihasilkan agak kasar dan mengeringkan kepada kulit. Tambahan lagi, bahan yang menjadikan sabun buku berada dalam keadaan keras boleh meninggakan sisa yang terkumpul pada kulit dan mengakibatkan jerawat menjadi lebih teruk. Tambahan pula, sabun yang bersifat alkali (sifat kulit adalah berasid) akan mengakibatkan kulit kering dan merosakkan kulit.

  • Gunakan Salicylic Acid (BHA) setiap hari. Formulasi BHA yang diformulasikan dengan sempurna akan membantu melawan jerawat pada kulit badan. BHA bertindak dengan membuang lapisan kulit mari dan meresap jauh ke dalam pori untuk melancarkan aliran sebum pada kulit wajah serta mengurangkan kesan kemerahan pada kulit.

  • Pada bahagian badan yang mudah untuk digapai, boleh gunakan produk cecair Salicylic Acid. Pada bahagian badan yang lebih sukar digapai, gunakan rawatan BHA tanpa bilas dengan menggunakan botol spray.

  • Benzoyl Peroxide merupakan bahan wajib bagi melawan jerawat dengan lebih bertumpu. Benzoyl Peroxide bertekstur losyen dan mudah diserap pada konsentrasi 2.5% - 5% boleh digunakan pada kawasan badan yang mempunyai jerawat.

  • Jangan lupa untuk menggunakan pelindung matahari pada setiap kawasan kulit yang terdedah dengan cahaya matahari. Kerosakan kulit akibat daripada cahaya matahari mengakibatkan jerawat menjadi lebih teruk dan kekal lebih lama pada kawasan kulit. Oleh itu, perlindungan kulit daripada cahaya matahari adalah penting untuk menjadikan kulit kekal sihat, dan awet muda.


Sekiranya anda risau mengenai tekstur pelindung matahari yang terlalu pekat atau melekit pada kulit badan, gunakan pelindung matahari bertekstur cecair dan mudah meresap dalam badan, serta penuh dengan antioksida.

Jerawat Badan Boleh Menjadi Lebih Teruk

Selain daripada penjagaan kulit badan asas, terdapat beberapa kesalahan biasa yang boleh mengakibatkan keadaan jerawat pada kulit badan dengan teruk.

  • Kondisioner rambut: Formulasi kondisioner padat dengan emolien. Sekiranya tidak dibilas dengan betul, ianya akan mengakibatkan pori tersumbat pada bahagian belakang, leher dan dada.

  • Rutin senaman: Setelah selesai bersenam, terus mandi dan gunakan pembersih badan yang lembut. Peluh yang bercampur dengan sebum, serta pakaian yang ketat mewujudkan keadaan yang ideal bagi kulit untuk tumbuh jerawat—oleh itu, membersihkan badan dengan serta merta setelah bersenam mengurangkan risiko jerawat badan.

  • Skrub badan atau loofah. Tidak, skrub dan loofah tidak mengakibatkan jerawat. Namun, anda perlu ketahui bahawa jerawat tidak boleh diskrub atau dihakis. Penggunaan bahan yang keras boleh memberikan iritasi kepada kulit dan menjadikan kulit menjadi merah dan sukar untuk dihilangkan kesan tersebut.

Perlukah anda risaukan mengenai cadar katil anda? Sesetengah individu risau sekiranya cadar katil atau alas cadar tidak diganti, ianya akan mengakibatkan bakteria punca jerawat untuk terkumpul dan mengakibatkan lebih banyak jerawat ketika tidur. Kami faham mengenai kerisauan mengenai ini, namun, ketahuilah bahawa proses jerawat tidak berfungsi dengan cara ini. Bakteria pemangkin jerawat tidak hidup diudara, oleh itu ianya juga tidak akan tinggal pada cadar anda. Rutin mencuci cadar adalah perlu bagi mengekalkan kebersihan, namun, ianya tidaklah bermakna untuk mengelakkan jerawat secara serta merta.

Dapatkan produk untuk melawan jerawat badan di sini.

Rujukan

  1. Journal of Drugs in Dermatology, December 2019, pages 1,205–1,208
  2. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, July 2019, pages 34–50
  3. The Medical Journal of Australia, January 2017, pages 41–45
  4. Molecules, August 2016, pages 1–20
  5. Journal of the American Academy of Dermatology, May 2016, pages 945–973

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.