Mengenali Fungsi BHA (Salicylic Acid) Untuk Kulit - Paula's Choice Malaysia

Mengenali Fungsi BHA (Salicylic Acid) Untuk Kulit

Walaupun AHA dan BHA kedua-duanya adalah sejenis leave on exfoliator, namun ianya mempunyai fungsi yang sedikit berbeza.

AHA hanya bertindak pada lapisan atas kulit, namun BHA bertindak pada lapisan kulit paling atas serta meresap masuk ke dalam pori.  

BHA mempunyai manfaat untuk membantu tekstur kulit yang kasar dan membantu menyekatakan tona kulit-- oleh itu ianya pilihan ideal untuk kulit normal sehingga kulit berminyak. Bahan ini juga sesuai untuk kulit yang tidak licin (bumpy skin) dan kulit yang cenderung kepada milia.

Oleh kerana exfoliant BHA membantu pelbagai jenis masalah kulit, bahan ini terkandung hampir dalam semua koleksi kami; termasuklah rangkaian RESIST untuk anti-penuaan, rangkaian CLEAR untuk kulit berjerawat serta rangkaian CALM untuk membantu kulit yang sensitif.

Formulasi BHA

Tahap kandungan pH di dalam sesebuah formulasi BHA exfoliant adalah penting. Hal ini kerana salicylic acid berfungsi dengan efektif pada julat pH antara 3-4, maka sebarang produk yang tidak mengikut tahap julat pH yang dinyatakan adalah kurang efektif. Setiap produk exfoliant BHA daripada Paula’s Choice Skincare diformulasikan di dalam julat yang tepat iaitu di antara 3 atau 4 supaya kulit anda akan mendapat kesan yang terbaik.

Mengapa Perlu Elakkan Penggunaan Skrub

Perkataan exfoliation kebiasaannya membawa maksud sesuatu yang kasar, dan bersifat menghakis pada kulit wajah. Bagi exfoliator fizikal, ianya bersifat terlalu kasar dan mendatangkan kesan yang tidak baik pada kulit. Hal ini kerana kandungan yang terdapat dalam skrub mempunyai sifat yang kasar dan boleh mengakibatkan koyakan micro (micro tears) pada permukaan kulit. Lama kelamaan, skrub yang bersifat fizikal ini akan mengakibatkan kerosakan pada kulit. Penggunaan BHA yang bersifat exfoliator kimia (chemical exfoliator) pula bersifat lembut dan akan memberikan kesan yang terbaik pada kulit.

Penggunaan skrub lembut seperti kain lembut, berus pencuci wajah yang lembut merupakan antara pilihan yang terbaik dan tidak akan memberikan kesan buruk kepada kepada kulit anda. Namun penggunaan kedua-dua jenis skrub ini tidak akan membantu menyelesaikan masalah pori tersumbat atau tidak akan membantu memberikan tona kulit yang sekata seperti mana fungsi yang akan diberikan oleh BHA.

Adakah Exfoliant BHA Sesuai untuk Anda?

Ramai orang tertanya-tanya sekiranya mereka harus menggunakan exfoliant BHA, exfoliant AHA (alpha hydroxy acid) atau gabungan kedua-duanya. 

Sekiranya anda mempunyai masalah dengan lapisan atas kulit anda dan anda tidak mengalami masalah seperti-- kulit sensitif, kulit kemerah-merahan atau pori tersumbat-- exfoliant AHA adalah pilihan yang tepat.

BHA adalah pilihan terbaik jika anda

  1. Mengalami masalah seperti liang pori tersumbat dan permukaan kulit yang tidak sekata pada kulit badan atau wajah.

BHA merupakan kandungan bahan yang larut minyak, oleh itu ianya mampu untuk membanteras lebihan minyak dan bahan asing yang menyebabkan liang pori tersumbat. Hasil daripada penggunaan BHA bagi jenis kulit seperti ini akan mengurangkan permukaan kulit yang tidak sekata pada wajah dan mengurangkan saiz pori dalam tempoh yang singkat. BHA juga sesuai untuk kulit yang cenderung Keratosis Pilaris dan ianya akan memberi kesan yang lebih efektif jika dipadankan dengan sabun pencuci badan yang lembut dan larut air.

  1. Mempunyai kulit yang sensitif

Bagi individu yang mempunyai kulit sensitif pula, sifat BHA ini yang mempunyai ciri kandungan bahan yang mampu memberi kelegaan kepada kulit yang sensitif serta kulit yang kemerahan.

Anda juga boleh mempertimbangkan manfaat penggunaan seminggu sekali bagi produk rinse off salicylic acid peel yang mengandungi AHA seperti SKIN PERFECTING 25% AHA + 2% BHA Exfoliant Peel. Penggunaan berkala bagi produk ini merupakan cara terbaik untuk memberi rawatan tumpuan pada masalah kulit yang degil dan untuk menghalang serta merawat tanda penuaan.

Cara untuk Menggunakan Exfoliant BHA

Sebarang produk exfoliant yang dipilih hendaklah dipakai setelah wajah dibersihkan dan memakai toner. Produk lain yang termasuk di dalam rutin anda seperti serum, booster dan pelembab harus dipakai selepas exfoliant mengikut daripada tekstur produk dari nipis ke berat. Penggunaan sunscreen harus dipakai pada langkah terakhir sekali. Penggunaan berkala rinse off BHA peel hendaklah dipakai pada kulit yang bersih dan dicuci setelah beberapa minit. Keringkan kulit wajah anda dan teruskan dengan rutin penjagaan wajah anda yang biasa.

Dapatkan produk berasaskan salicylic acid (BHA) di sini.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.