Penggunaan Silikon dalam Produk Penjagaan Kulit Wajah - Paula's Choice Malaysia

Penggunaan Silikon dalam Produk Penjagaan Kulit Wajah

Apa itu Silikon?

Ramai individu kurang mengetahui bahawa silikon berasal daripada bahan semulajadi: bahan ini bermula sebagai silikon mineral yang melalui proses kimia dengan oksigen untuk menghasilkan silika (1). Ahli kimia kemudiannya mereplika bahan ini dan seterusnya menghasilkan variasi silikon sintetik yang digunakan dalam produk penjagaan wajah, termasuklah untuk luka dan parut.



Fungsi silikon dalam produk penjagaan kulit wajah bergantung kepada jenis silikon yang digunakan dalam formulasi. Sesetengah silikon memberikan kesan yang melicinkan kulit wajah dengan sifat beremolien; silikon yang lain berfungsi untuk membentuk lapisan kalis air atau membantu tekstur produk supaya mudah disapu.

Silikon juga berfungsi sebagai medium untuk untuk membawa cecair untuk membantu bahan untuk disapu dengan mudah. Silikon kemudian akan menyejat dan meninggalkan kemasan yang ringan seperti sutera.

Silikon 101 : Mitos & Fakta

Berikut merupakan mitos yang biasa didengar mengenai silikon, dan kami bersedia untuk membongkar segala mitos ini untuk memudahkan anda memilih produk penjagaan kulit wajah dengan tiada rasa ragu.

Mitos #1: Silikon Tidak Mempunyai Fungsi dalam Produk Penjagaan Kulit Wajah; Sekadar Bahan Pengisi. 

Fakta: Kesemua jenis silikon mempunyai peranan yang penting kepada tekstur serta kemasan sesebuah produk, tidak hanya sekadar menambah nilai estetik atau pengisi. Silikon telah terbukti berkait rapat untuk mempengaruhi kadar kelembapan kulit dan mempertingkatkan kemampuan bahan seperti antioksida. Sesetengah silikon terbukti membantu kulit kelihatan tidak berminyak, atau membantu mengurangkan penampilan pori (primer solekan) atau membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan secara sementara.

Mitos #2: Silikon Menyesakkan Kulit

Fakta: Struktur molekul silicon menjadikan bahan ini telap air dan udara. Oleh itu, silikon tidak akan menutup liang pori dan menghalang bahan aktif dalam sesebuah formulasi untuk berfungsi. Silikon juga tidak menghalang kemampuan kulit untuk berpeluh, mahupun menghalang bahan larut air untuk meresap masuk ke dalam kulit (5,6)

Bayangkan kebolehtelapan kulit seperti merendam dan menyeduh uncang teh di dalam air yang menyebarkan rasa, warna dan kompaun antioksidan yang terdapat dalam the. Struktur silikon mampu menyeduh banyak jenis bahan yang mesra kulit pada bahagian atas kulit (7).

Mitos #3: Silikon Menutup Liang Pori

Fakta: Silikon tidak menutup liang pori. Kami mengetahui perkara ini kerana silikon ini bersifat lengai dan mudah telap. Oleh itu, bahan ini tidak akan menjadi punca terbesar mengakibatkan pori tersumbat dengan sendirinya.

Perkara yang berkemungkinan terjadi sekiranya kulit tidak dibersihkan dengan sepenuhnya dan menjadikan sisa yang tertinggal daripada silikon jenis halus seperti Siloxanes yang berkemungkinan untuk menyumbat pori dan menghalang laluan minyak untuk keluar secara mudah pada permukaan kulit.

Secara teori, perkara ini memungkinkan untuk berlakunya pori tersumbat. Namun, terdapat banyak bahan penjagaan kulit wajah yang lain daripada emolien, minyak dan lilin (wax) yang mengakibatkan kesan yang sama. Tidak lupa juga interaksi antara variasi pelbagai bahan dalam produk penjagaan kulit wajah yang bercampur dengan kadar sebum yang dihasilkan oleh individu dan kecenderungan kulit untuk mengalami pori tersumbat. Ianya perkara yang sukar ditelah, namun ianya merupakan salah satu sebab mengapa mencuci wajah secara harian adalah penting terutama sekali sekiranya anda menggunakan pelindung matahari dan solekan.

Mitos #4: Silikon Menyebabkan Jerawat 

Fakta: Kajian mengenai silikon yang digunakan pada individu yang mempunyai isu kulit berjerawat telah membuktikan bahawa ianya tidak mengakibatkan jerawat atau mengakibatkan jerawat menjadi lebih teruk. Kajian dermatologik yang lain membuktikan bahawa silikon mempunyai sifat yang telap dan sifat yang tidak merengsa kulit—menjadikan bahan ini membantu untuk melembutkan dan menghaluskan kulit yang kasar pada kawasan kulit yang berjerawat. Silikon juga terbukti untuk mengurangkan kulit kering, menggelupas daripada penggunaan retinoid preskripsi. (8,9)

Mitos #5: Silikon Mencegah Kulit Untuk Membuang Lapisan Kulit Mati

Fakta: Sesetengah jenis silikon bersifat lebih oklusif berbanding yang lain, terdapat kerisauan mengenai penggunaan silikon akan menganggu keupayaan kulit untuk membuang lapisan kulit mati secara semulajadi—namun perkara tersebut bukanlah proses bagaimana silikon berfungsi kepada kulit.

Silikon yang bersifat lebih berat seperti Dimethicone masih mempunyai sifat ketelapan air (rujuk semula analogi uncang teh di atas). Kajian juga telah menemukan perkara yang menarik—pembalut silikon asli tidak memberhentikan proses pembuangan kulit mati secara semulajadi, sama ada kulit dalam keadaan kering atau dalam keadan normal dan cukup penghidratan (10).

Siloxane yang bersifat cecair ringan meninggalkan lapisan halus pada kulit setelah ia meruap, oleh itu ianya juga tidak menghalang lapisan kulit mati untuk ditanggalkan daripada kulit secara semulajadi.

Mitos #6: Silikon Bersifat Toksik Kepada Kulit 

Fakta: Kajian menyeluruh mengenai penilalian keselamatan dan toksilogi telah membuktikan bahawa semua jenis silikon yang digunakan dalam kosmetik tidak mempunyai sifat toksik apabila disapu kepada kulit. Beberapa jenis silikon, termasuk beberapa jenis yang diperbuat daripada Dimethicone dan kesemua jenis Siloxane dalam formulasi telah memberikan hasil yang konsisten bahawa ianya tidak bersifat toksik dan tidak memberi iritasi kepada kulit (11, 12)

Apakah Sains Disebalik Silikon dalam Produk Penjagaan Kulit Wajah?

Jenis silikon utama yang digunakan dalam produk penjagaan kulit wajah dan rambut dikategorikan sebagai bahan mudah meluap dan bahan tidak mudah meluap (volatile dan non-volatile).

Turut dikenali sebagai Cyclic Silicon, kemeluapan daripada silikon tidak memberi iritasi kepada kulit; silikon meluap kerana bahan ini menyejat dengan cepat pada permukaan kulit, meninggalkan rasa lembut, seperti berbedak. Contoh jenis silikon ini adalah Siloxane, seperti Cyclopentasiloxane dan Cyclohexasiloxane yang boleh dijumpai dalam pelbagai serum (2).

Silikon yang bersifat tidak mudah meluap (non-volatile) yang turut dikenali sebagai silikon linear. Silikon linear ini termasuklah Dimethicone yang digunakan sebagai perlindungan kulit. Silikon jenis ini merupakan sejenis polimer (molekul besar) yang wujud dalam pelbagai variasi ketebalan, sama ada cecair atau gel likat. Variasi jenis menyumbang kepada estetik produk serta kemampuan sesebuah formulasi untuk mengelakkan kehilangan air daripada kulit, menyerakkan bahan terpenting dalam sesebuah formulasi dengan mudah untuk meninggalkan kesan selembut baldu yang telap air dan udara kepada kulit.

Sesetengah individu mengajukan soalan kepada kami sama ada dimethicone adalah selamat kepada kulit. Jawapan kepada persoalan ini adalah ya, silikon adalah selamat untuk kulit (3). Sebenarnya, majoriti besar bahan yang berasaskan dimethicone boleh dijumpai dalam produk penjagaan wajah telah disemak dan diakui keselamatannya apabila digunakan. Dimethicone merupakan salah satu emolien yang bersifat lembut dan telah diluluskan oleh FDA untuk melindungi luka dan kesan lecur—serta beberapa keadaan yang melibatkan kulit kering dan kebiasannya digabungkan dengan gliserin (4).

Kesimpulannya, tiada kajian lepas yang telah dijalankan untuk mengelakkan penggunaan produk penjagaan kulit wajah serta produk solekan yang mengandungi silikon. Silikon tidak mendatangkan risiko kepada kulit, serta tidak terbukti untuk menyebabkan isu kulit semakin teruk. Sebaliknya, kajian saintifik yang terkumpul secara konsisten telah menunjukkan bahawa silikon merupakan bahan yang membantu produk seperti pelembab untuk menjadi lebih efektif dan membantu tekstur produk terasa lebih selesa kepada kulit.

 

Rujukan

  1. Current Topics in Microbiology and Immunology, Volume 210, 1996, pages 3-12
  2. Environmental International, November 2015, pages 55-63
  3. International Journal of Toxicology, May 2014 Supplement, pages 65S-115S
  4. Scars, Burns, and Healing, August 2019, ePublication
  5. Frontiers in Pharmacology, May 2016, ePublication
  6. Skin Pharmacology and Physiology, February 2014, pages 164-171
  7. Therapeutic Delivery, July 2015, ePublication
  8. Cutis, October 2008, pages 281-284
  9. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, May 2014, pages 36-44
  10. British Journal of Nursing, May-June 2014 Supplement, pages S34-S37
  11. International Journal of Toxicology, December 2017, ePublication
  12. Toxicology Letters, October 2017, Pages 2-22
  13. Regulatory Toxicology and Pharmacology, November 2012, Pages 305-314
  14. Regulatory Toxicology and Pharmacology, February 2016 Supplement, pages S67-S76
  15. International Journal of Toxicology, December 2011 Supplement, pages 149S-227S

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.