Rawatan Jerawat Untuk Remaja - Paula's Choice Malaysia

Rawatan Jerawat Untuk Remaja

Melawan jerawat pada usia muda bermula dengan penjagaan kulit yang efektif—dan rutin tersebut tidak perlu rumit. Bagi masalah kebanyakan kulit, ianya hanya memerlukan empat produk; pembersih wajah, exfoliant tanpa bilas yang mengandungi Salicylic Acid (BHA), produk rawatan bertumpu Benzoyl Peroxide dan untuk rutin siang, pelindung matahari berspektrum luas.

Berikut merupakan rutin pagi dan malam yang boleh kami cadangkan. Apabila rutin ini dapat diikuti dengan konsisten, anda akan kagum dengan keberkesanan rutin ini untuk kulit anda!

Rutin Penjagaan Kulit Wajah untuk Remaja

Bersihkan kulit wajah dengan pencuci yang sesuai untuk kulit yang cenderung kepada jerawat. Pilih produk pencuci wajah bebas sabun (soap-free), larut air dan lembut pada kulit, namun pada masa yang sama dapat membersihkan kulit dengan efektif. Gunakan kain lembut atau berus lembut untuk membantu lebihan minyak pada kulit wajah, sekiranya perlu.

Proses membuang lapisan kulit mati (exfoliate) membantu pori tersumbat serta jerawat. Anda akan kagum dengan keberkesanan produk ini untuk kulit jenis ini. Sekiranya dibandingkan dengan skrub fizikal, exfoliant bertindak lebih efektif dan dramatik kepada kulit!

Gunakan rawatan Benzoyl Peroxide pada kawasan yang cenderung untuk tumbuh jerawat. Benzoyl peroxide merupakan rawatan terbaik untuk jerawat. Hal ini kerana bahan ini membunuh kuman yang mengakibatkan jerawat, menjadikan rawatan ini ditumpukan pada akar punca permasalahan ini. Gunakan produk Benzoyl Peroxide pada konsentrasi serendah 2.5% dan lihat bagaimana kulit memberi respon kepada rawatan ini, dan tingkatkan konsentrasi pada 5% sekiranya perlu. 

 

Kerosakan kulit daripada cahaya matahari boleh mengakibatkan tanda bekas jerawat menjadi lebih teruk, oleh itu, perlindungan kulit daripada cahaya matahari meripakan senjata rahsia untuk penjagaan kulit yang cenderung kepada jerawat. Sekiranya langkah ini ditinggalkan dalam rutin, kesan kemerahan daripada kesan jerawat akan berkekalan dengan lebih lama. Sekiranya anda pernah mencuba pelindung matahari dan tidak menggemari tekstur yang berat dan berminyak, boleh gunakan pelindung matahari yang ringan, bebas minyak.



Penjagaan Kulit Wajah Waktu Malam untuk Remaja

Penjagaan kulit wajah pada waktu malam adalah sama seperti rutin pagi, dengan pengecualian pelindung matahari. Sekiranya kulit anda kering, atau anda mula lihat kesan menggelupas, gunakan pelembab bebas minyak, ringan pada kawasan yang terlibat.

Faktor Pertumbuhan Jerawat

Perubahan yang perlaku ketika tempoh akil baligh bukanlah satu-satunya faktor disebalik jerawat remaja. Perkara lain yang boleh mengakibatkan jerawat menjadi lebih teruk antaranya adalah:

Tidak membersihkan wajah dua kali sehari. Kulit yang kotor tidak mengakibatkan jerawat, namun, sekiranya kulit tidak dibersihkan dengan sempurna akan mengakibatkan pengumpulan sebum dan kulit mati. Kombinasi ini kemudiannya mencipta persekitaran yang kondusif bagi jerawat dan pori tersumbat.

  • Tidak berlaku lembut pada kulit. Pembersihan wajah dengan skrub kasar, berus yang keras dan penggunaan produk seperti alkohol yang mengeringkan, witch hazel, menthol, daun pudina, minyak pati dan minyak citrus boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit. Sekiranya produk yang dipakai menyakitkan kulit, ianya tidak baik untuk kulit! Penggunaan bahan yang kasar pada kulit mengakibatkan pertahanan kulit menjadi lemah dan mengakibatkan lebih banyak jerawat dan minyak untuk muncul-- dan kesan jerawat akan tinggal dengan lebih lama juga.

  • Tidak menanggalkan solekan pada waktu malam. Ramai remaja yang menutup jerawat dengan solekan, namum, sekiranya anda tidak menanggalkan solekan pada waktu malam-- produk rawatan jerawat yang digunakan tidak akan berfungsi dengan baik dan pori tersumbat akan menjadi lebih teruk.

  • Rutin penjagaan wajah yang  tidak konsisten. Cara yang  terbaik untuk mendapatkan kulit yang licin dan lembut adalah untuk mengikuti rutin penjagaan kulit wajah yang konsisten dan efektif.

  • Produk penjagaan rambut: Sebarang produk  yang berkrim, berminyak dan berlilin yang terkena pada kulit wajah boleh mengakibatkan jerawat. Penyelesaian: Elakkan rambut daripada terkena kulit wajah dan gunakan produk yang bertekstur lebih ringan pada rambut.

Dapatkan rangkaian anti-jerawat, CLEAR di sini.

Rujukan

  1. Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology, June 2014, pages 733–740
  2. Current Opinion in Pediatrics, August 2008, pages 436–440
  3. Journal of Pediatric and Adolescent Gynecology, August 2008, pages 171–176
  4. Journal of Cosmetic Science, January/February 2004, pages 65–80

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.