Stress dan Jerawat: Adakah Stress Mengakibatkan Jerawat? - Paula's Choice Malaysia

Stress dan Jerawat: Adakah Stress Mengakibatkan Jerawat?

Jerawat semestinya boleh mengakibatkan stress, namun adakah stress pemicu kepada pertumbuhan jerawat? Ramai golongan dewasa dan remaja yang mempunyai kulit mudah berjerawat pernah mendengar bahawa stress mengakibatkan jerawat bertambah teruk atau mengakibatkan jerawat.
Apakah kebenaran disebalik ini?

Kami tidak bermaksud untuk membuatkan anda menjadi lebih stress, namun jerawat dan stress mempunyai perkaitan yang rapat. Namun begitu, stress tidak mengakibatkan jerawat untuk semua individu.

Ini adalah sains disebalik stress dan jerawat: Penyelidik telah mengeluarkan teori bahawa bahan di dalam badan yang dikenali sebagai cortisol (hormon steroid yang dihasilkan secara berlebihan ketika berada dalam keadaan stress) bergabung dengan androgen (hormon lelaki yang dipunyai oleh semua orang) merupakan faktor yang menjadi pemangkin dalam kulit untuk menghasilkan jerawat.

Perkaitan antara hormon ini saling berkait rapat. Walaubagaimanapun, kajian yang telah dilakukan antara interaksi cortisol dan androgen yang meningkatkan penghasilan sebum dan seterusnya menjadi punca pertumbuhan jerawat menunjukkan hasil yang berbeza. Namun yang pasti adalah stress mengkibatkan badan mengeluarkan bahan yang mengakibatkan keradangan dan mengakibatkan jerawat menjadi lebih teruk. Perkara ini menyumbang kepada pertambahan jerawat merah, menyakitkan dan pori tersumbat.



Stress jangka masa pendek (perancangan perkahwinan, peperiksaan dll) serta stress jangka masa panjang dan berteruskan akan mengakibatkan jerawat menjadi parah dan kebiasaannya dialami oleh kaum wanita. Stress kronik boleh mengakibatkan kulit menjadi sukar untuk sembuh daripada jerawat-- oleh itu apabila jerawat muncul, ianya tinggal dengan lama dan akan mengakibatkan parut jerawat.

Apakah Perbezaan Jerawat Stress dan Jerawat Biasa?

Secara umum, jerawat stress kelihatan sama seperti jerawat biasa; anda mungkun tidak dapat membezakan antara jerawat biasa dan jerawat yang diakibatkan oleh stress. Ya, stress akan mengakibatkan jerawat kelihatan teruk sekiranya anda sememangnya mempunyai kulit yang cenderung untuk berjerawat. Beberapa individu menyatakan bahawa jerawat stress cenderung untuk gatal, atau berkumpul, namun ianya hanyalah pengalaman peribadi yang tidak diukur melalui kajian saintifik. Tanpa mengira bagaimana rupa jerawat, perkara penting yang perlu diketahui adalah cara untuk merawatnya.

Cara Mengawal Jerawat Stress

Selain daripada menguruskan stress dengan baik, jerawat stress perlu dirawat dengan cara yang sama dengan jerawat yang lain. Benzoyl Peroxide dan Salicylic Acid adalah bahan terunggul untuk mengawal jerawat. Penggunaan produk yang lembut kepada kulit bantu untuk mengurangkan tanda kemerahan akibat daripada jerawat. Produk yang ringan dan tidak menyumbat pori adalah langkah utama untuk pengawalan jerawat.

Sekiranya rutin konsisten penjagaan kulit wajah tidak mampu untuk mengawal jerawat, langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan nasihat doktor atau dermatologis untuk produk preskripsi anti jerawat yang boleh digunakan untuk melawan jerawat dengan efektif. Matlamatnya adalah untuk mencari keseimbangan di antara bahan efektif dan lembut yang sesuai untuk membantu keadan jerawat, dan kebiasannya memerlukan beberapa percubaan.

Dapatkan produk anti-jerawat di sini.

Rujukan

  1. Acta Dermatovenerologica Croatica, July 2017, pages 1133–1141
  2. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, January 2017, pages 37–46
  3. Archives of Dermatological Research, October 2014, pages 683–688
  4. Inflammation and Allergy Drug Targets, June 2014, pages 177–190
  5. Acta-dermato Venerologica, Volume 87, Issue 2, 2007, pages 135–139
  6. Clinical and Experimental Dermatology, January 2005, pages 6–9
  7. Archives of Dermatology, July 2003, pages 897–900

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.