Tips Mendapatkan Kulit “Glass Skin” - Paula's Choice Malaysia

Tips Mendapatkan Kulit “Glass Skin”

“Glass skin” bermula daripada trend di Instagram yang menampilkan kulit individu yang licin, tiada pori serta kompleksi kulit yang berkilat. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai cara untuk mendapatkan kulit glass skin, bukan? Namun, perkara yang perlu diketahui adalah kulit bebas cela yang terpapar di internet kebiasaannya dibantu dengan pelbagai “filter” serta Photoshop.

Tidak adil sekiranya semua individu meletakkan standard yang tidak realisitik seperti yang terpapar pada foto yang dikongsi di internet, namun sudah tentu terdapat cara yang efektif bagi memberbaiki tekstur kulit anda-- dengan cara mengecilkan penampilan pori dan mempertingkatkan kadar lambapan pada kulit dengan menggunakan bahan yang telah terbukti untuk bertidak efektif kepada kulit dan memberikan kesan yang terbaik. Kami akan berkongsi mengenai bahan, serta tips untuk mendapatkan kulit yang terbaik dalam hidup anda.

Rutin "Glass Skin"

Langkah 1: Gunakan exfoliant untuk menanggalkan lapisan kulit mati yang terkumpul.

Langkah ini adalah langkah yang terpenting kerana ianya membantu melembutkan permukaan kulut dengan cara membuang lapisan kulit mati yang terkumpul-- mengakibatkan kulit kusam dan tekstur kulit yang tidak sekata. Apabila lapisan kulit mati ini dibuang, lapisan kulit yang lebih sihat, sekata boleh dilihat dengan lebih jelas. Bagi mendapatkan glass skin idaman anda, gunakan exfoliant yang mengandungi 2% BHA untuk membantu pori tersumbat (1), mengurangkan penampilan garis halus dan kedut, serta menyekatakan dan mencerahkan tona kulit.

Langkah 2: Gunakan serum niacinamide untuk mengembalikan seri kulit serta mengecilkan pori besar

Bahan superhero yang telah terbukti dengan kajian dengan kebolehan uniknya untuk mengembalikan keadaan pori supaya kembali pada bentuk dan saiz asal sertabertindak untuk mencerahkan kulit (2). Niacinamide juga membantu memperbaharui dan melindungi permukaan kulit daripada kehilangan lembapan, dan menjadikan kulit lebih anjal dan berkilat.

Penggunaan niacinamide berkonstrasi setinggi 20% akan memberikan keputusan yang maximum kepada pori anda. Apabila digunakan bersama dengan exfoliant, kulit anda akan menjadi lebih licin, cerah berseri, dan sekata.

Langkah 3: Lembabkan dan lindungi kulit dalam jangka masa yang panjang

Anda boleh gunakan semua langkah untuk mendapatkan "glass skin" yang dicadangkan oleh ramai pihak, namun, sekiranya anda tidak melindungi kulit anda daripada cahaya matahari pada waktu siang-- rutin tersebut tidak akan mampu untuk membantu kulit kelihatan awet muda, licin, lembut dan anjal. Langkah pencegahan ini bertindak jauh kehadapan untuk menghalang kerosakan UV yang kemudiannya menyumbang kepada kulit yang kusam, kasar serta tanda penuaan yang lain (3).

Pelindung matahari yang berikut mampu memberikan kesan "glass skin" dengan memberikan kelembapan, serta sinar sihat kepada kulit yang membantu rutin glass skin anda. Pelindung matahari kami tidak hanya membantu dengan penghidratan serta memberi kemasan yang bersinar, namun formulasi kami juga padat dengan antioksida yang melawan kesan radikal daripada kerosakan UV serta pencemaran-- untuk membantu melindungi serta mencerahkan kulit.

Pertimbangkan Perkara Ini Dalam Trend "Glass Skin"

  • Jangan bandingkan diri anda dengan kulit “influencer” di media sosial. Seperti yang telah kami maklumkan pada awal artikel ini, imej yang terpapar di media sosial kebanyakannya dibantu dengan alatan serta aplikasi Photoshop mahupun ‘”filter”, dan tidak lupa juga bahawa setiap individu mempunyai kulit yang unik.

  • Letakkan jangkaan yang munasabah untuk keadaan kulit anda serta elakkan mengimplimentasi idea daripada pihak lain mengenai bagaimana trend glass skin ini perlu dilakukan. Kenyataan yang perlu di sorot sekali lagi adalah kulit setiap individu adalah berbeza dan unik. Sambut dan raikan keunikan kulit anda dengan menggunakan produk yang terbaik dan meletakkan jangkaan yang realistik untuk kulit anda.

  • Terdapat pelbagai artikel yang menggembar-gemburkan “7 langkah glass skin” mahupun “10 langkah kearah glass skin”-- jangan terpedaya dengan idea yang anda perlu menggunakan produk yang banyak dalam rutin penjagaan kulit wajah. Sudah semestinya tiada masalah sekiranya anda sudah mempunyai rutin yang lebih “advance” serta teliti bagi menangani setiap isu kulit anda. Namun, rutin yang panjang bukanlah penanda aras bagi mendapatkan kulit yang sihat.

  • Elakkan mengikut trend semata-mata. Pilih produk yang diperlukan oleh kulit anda dan pilihan anda tersendiri. Penggunaan produk seperti yang dicadangkan di atas akan membantu keadaan kulit anda supaya kelihatan licin, dan ianya masih rutin ringkas, realisitik dan boleh dilakukan secara konsisten.

  • Rutin "glass skin" yang sering di popularkan kebiasaannya diakhiri dengan penggunaan “sheet mask” untuk mengunci lembapan pada kulit. Namun, perlu diingatkan bahawa jangan terpedaya dengan gembar-gembur bahawa “sheet mask” adalah langkah yang wajib bagi mendapatkan glass skin. Sudah tentu, “sheet mask” boleh dipakai sekiranya ianya diformulasikan dengan baik-- namun ianya tidak bertindak untuk mengunci lembapan pada kulit dengan lebih baik sekiranya dibandingkan dengan masker wajah biasa. Tambahan pula, pembungkusan produk “sheet mask” adalah sekali guna dan tidak mampan untuk alam sekitar.

Dapatkan exfoliant di sini.

Dapatkan produk Niacinamide di sini.

Rujukan

  1. Journal of the German Society of Dermatology, December 2012, pages 488-491
  2. Advances in Clinical and Experimental Medicine, 2018, pages 367-378
  3. Advanced Pharmaceutical Bulletin, August 2019, pages 348-359

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.