Tips Mengatasi Tona Kulit Tidak Sekata - Paula's Choice Malaysia

Tips Mengatasi Tona Kulit Tidak Sekata

Tona kulit tidak sekata merupakan isu kulit yang dihadapi oleh ramai individu—tidak kira berpunca daripada cahaya matahari, hormon, mahupun penggunaan produk yang salah. Tanda tona tidak sekata ini dapat dilihat pada sekitar wajah, dada dan tangan—perkara ini juga merupakan salah satu daripada tanda penuaan. Namun, dengan penggunaan produk serta bahan yang betul, isu ini boleh diatas dengan dengan mudah. Pada minggu ini, kami akan berkongsi formula pencerahan kulit yang efektif serta ringkas berdasarkan jenis kulit anda.

Bahan Terbaik untuk Kulit Sekata dan Berseri

Sehingga kini, banyak kajian telah dilakukan mengenai bahan yang terbukti secara saintifik bertindak efektif untuk mendapatkan toma kulit lebih seekata. Kajian-kajian yang telah dilakukan ini telah menemukan banyak bahan yang mampu menyelesaikan ini, namun begitu, perkara ini tidak memudahkan lagi proses pencarian produk di pasaran. Seiring dengan penemuan bahan-bahan efektif ini, masih banyak formulasi produk yang bergantung pada gimik pemasaran dan tidak terbukti, dan kadangkala menggunakan bahan yang memudaratkan kulit mengambil kesempatan di atas kekeliruan pengguna!

Paula’s Choice Skincare hanya menekankan penggunaan formulasi bahan yang terbukti secara kajian saintifik, dan tidak bergantung kepada gimik. Bahan yang akan dibincangkan pada minggu ini merupakan bahan yang bertindak efektif untuk membantu menyekatakan tona kulit serta membantu melawan tanda awal penuaan pada kulit.

Niacinamide + Acetyl Glucosamine

Gabungan dua bahan ini – niacinamide dan acetyl glucosamine – mempunyai bukti kajian bertindak efektif mengurangkan tona kulit yang tampak tidak sekata dan merawat kemerahan!

Semua jenis kulit boleh mendapat manfaat daripada gabungan dua bahan ini. Niacinamide dan Acetyl Glucosamine turut terkandung dalam formulasi CLINICAL Niacinamide 20% Treatment. Serum yang inovatif ini juga mengandungi antioksidan yang kuat bagi menyokong kesihatan kulit dan memjadikan kulit sekali gus kelihatan awet muda dan berseri.

Tranexamic Acid + Niacinamide

Ini ialah gabungan lain yang disokong oleh kajian untuk memperbaiki tona kulit tidak sekata juga mensasarkan bintik hitam dan degil.


Tranexamic acid dan niacinamide berfungsi serentak untuk memudarkan kesan pigmentatasi melalui mekanisma yang berbeza untuk memperbaiki kesan pigmentasi dan tona tidak sekata.

Ascorbic Acid: Vitamin C

Ascorbic Acid (nama teknikal untuk vitamin C tulen) berkonsentrasi tinggi telah terbukti untuk memberikan kesan yang ketara dan memperbaiki tona kulit tidak sekata. Kajian juga menunjukkan menggabungkan vitamin C dengan bahan pencerah lain seperti antioksida, ekstrak licorice, dan ekstrak bearberry dapat menghasilkan kesan yang hebat untuk wajah yang berseri dan tona kulit yang lebih sekata. 

Bagi solusi secara keseluruhannya, sapukan C15 Super Booster kami sebelum anda menggunakan serum dan pelembap. Formulasi ringan seperti air mengandungi 15% asid askorbik digabungkan bersama peptide + antioksida yang unik untuk kulit kelihatan lebih anjal dan sihat.

Untuk hasil yang lebih ketara pada kawasan tertentu, gunakan bentuk vitamin C kami yang paling berkuasa, C25 Super Booster. C25 Super Booster boleh digunakan sebagai rawatan bertumpu (spot treatment), diletakkan pada kawasan yang mempunyai isu pigmentasi.

Azelaic Acid

Azelaic acid yang berkonsentrasi tinggi (10% atau lebih) boleh membawa perbezaan yang besar untuk tekstur serta tona kulit yang tidak sekata.  Kebolehan azelaic acid memperhalusi kulit juga membolehkannya mencerahkan tona kulit yang kusam secara berperingkat, mengembalikan wajah yang kelihatan lebih muda. Azelaic acid boleh digunakan oleh semua jenis kulit malah sesuai untuk kulit sensitif dan cenderung berjerawat.

Apakah Kepentingan Perlindungan daripada Matahari?

Penggunaan pelindung matahari berSPF 30 atau lebih secara harian merupakan langkah yang terpenting untuk mengelak daripada penampilan tona kulit tidak sekata. Penggunaan pelindung matahari serta pemakaian semula bahan ini dapat mengurangkan risiko barah kulit dan penuaan kulit awal yang disebabkan oleh sinar matahari. Sekiranya penggunaan pelindung matahari tidak dapat digunakan secara konsisten, proses mengekalkan tona kulit yang sekata akan menjadi lebih sukar, tidak kira apa dilakukan — perlindungan matahari adalah suatu keperluan!

Di Paula’s Choice Skincare, kami sangat berminat dengan pelindung matahari berasaskan mineral (titanium dioksida dan / atau zink oksida adalah bahan aktif) untuk masalah ini. Kualiti reflektif bahan ini membantu melindungi kulit dari sinaran UV, memberikan bahan ini kelebihan untuk mengelakkan tona kulit yang tidak sekata serta garis halus.

Bagi kulit berminyak, kombinasi, atau cenderung berjerawat, RESIST Super-Light Daily Wrinkle Defense SPF 30 merupakan pilihan yang menarik. Pelindung matahari ini membekalkan sedikit warna pada kulit dan perlindungan yang berasaskan mineral yang lembut pada kulit.

Bagi kawasan tangan, dada dan badan anda, pertimbangkan produk kami EXTRA CARE Non-Greasy Sunscreen SPF 50, pelindung matahari sintetik yang menyerap pantas ke dalam kulit– tekstur pelindung matahari ini mudah meresap dan tidak berminyak.

Dapatkan produk pencerah kulit di sini.

Dapatkan pelindung matahari di sini.

Rujukan

  1. Journal of Drugs in Dermatology, May 2019, pages 454–459
  2. International Journal of Women’s Dermatology, February 2019, pages 30–36
  3. The Jounal of Clinical and Aesthetic Dermatology, August 2014, pages 13-17
  4. International Journal of Molecular Sciences, June 2013, pages 12,222-12,248
  5. Indian Dermatology Online Journal, April-June 2013, pages 143-146
  6. Archives of Dermatological Research, November 2011, pages 669-678
  7. British Journal of Dermatology, February 2010, pages 435-441
  8. Journal of Cosmetic Dermatology, March 2007, pages 20-26

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.