Tips Penjagaan Anti-Penuaan: Kulit Bahagian Leher dan Badan (Décolletage) - Paula's Choice Malaysia

Tips Penjagaan Anti-Penuaan: Kulit Bahagian Leher dan Badan (Décolletage)

Kulit berkedut, tona kulit tidak sekata dan kulit yang tidak anjal merupakan tanda penuaan yang kelihatan ketara pada kawasan kulit yang sentiasa terdedah daripada cahaya matahari. Tanda penuaan ini boleh dilihat pada kawasan leher dan dada. Hal ini kerana ramai individu yang terlepas pandang mengenai pemakaian kawasan ini sering  

Antara soalan yang kerap diajukan kepada kami adalah “Adakah perlu produk penjagaan khas untuk kawasan  décolletage  (dada) atau krim untuk bahagian leher?” Jawapan kepada persoalan ini adalah tidak perlu! Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana penjagaan kawasan dada dan leher supaya kekal awet muda.

Apakah kepentingan penggunaan krim leher atau dada?
Perkara yang ingin kami tekankan disini adalah anda tidak perlu membazir untuk membeli produk yang berasingan pada kawasan leher dan dada. Hal ini pada kebiasaanya produk yang dikhaskan untuk kawasan leger dan dada ini tidak mengandungi bahan yang membantu mengurangkan kesan penuaan.

Tambahan lagi, sekiranya produk tersebut mengandungi antioksidan yang sensitif dengan udara dan cahaya dengan cara pembungkusan yang tidak efektif dan terdedah akan mengakibatkan manfaat bahan akan menurun secara mendadak dan tidak akan memberi manfaat yang diinginkan. Antara perkara terpenting dalam penjagaan kawasan leher dan dada adalah perlindungan cahaya matahari.

Antara faktor terbesar bahawa anda tidak memerlukan produk krim untuk leher dan badan yang berasingan adalah kerana manfaat yang anda perlukan pada kawasan wajah adalah sama untuk kawasan leher dan dada. Produk yang diformulasikan dengan baik akan memberikan manfaat yang sama pada kulit wajah, leher serta badan. Kulit pada kawasan badan memerlukan jenis bahan bermanfaat seperti antioksida, bahan yang menenangkan kulit, bahan yang membantu rejuvinasi kulit serta perlindungan daripada cahaya matahari ada waktu siang untuk mengelakkan tanda penuaan awal pada kulit. Tidak ada kajian yang membuktikan bahawa anda memerlukan produk serta bahan berasingan untuk kulit badan.

Langkah Penjagaan Kulit Kawasan Leher dan Dada

Berikut merupakan perkara yang anda boleh lakukan untuk memastikan kulit pada kawasan leher serta dada kelihatan lebih muda dan sihat.

1. Gunakan bahan anti-penuaan pada kawasan muka pada kawasan leher dan dada dengan konsisten. Anda hanya memerlukan bahan yang berasingan pada kawasan berikut sekiranya isu kulit pada kawasan leher dan dada berbeza daripada kawasan wajah.

2. Pemilihan pakaian yang mendedahkan kawasan leher dan dada daripada cahaya matahari. Pastikan anda melindungui kawasan kulit yang terdedah dengan penggunaan pelindung matahari berSPF 30 dan lebih. Pelindungan matahari merupakan langkah yang terbaik untuk kulit anda kelihatan muda dan sihat pada tahun yang mendatang. Tambahan, sekiranya pengunaan pelindung matahari adalah seperti yang dicadangkan, anda dapat melindungi diri anda daripada risiko kanser kulit.

3. Sekiranya anda mendapati kulit pada kawasan leher dan dada tidak sekata, anda boleh menggunakan produk pencerah yang sama anda gunakan pada kawasan muka. Pertimbangkan juga penggunaan booster anti-penuaan pada kulit wajah untuk kesan lebih efektif. Booster daripada rangkaian Paula’s Choice Skincare bertekstur ringan dan mudah diserap. Booster ini boleh dicampurkan dengan pelembab atau serum pilihan anda.

Bagaimanakah untuk membantu kulit kendur pada bahagian leher?

Perkara yang menjadi kerisauan ramai adalah kawasan leher merupakan kawasan yang mengalami penuaan dengan lebih cepat berbanding kawasan wajah. Walaupun hal ini turut berpunca daripada kurang penjagaan daripada kulit wajah, kawasan leher banyak terkesan daripada tarikah graviti berbanding kawasan lain pada kulit wajah merupakan salah satu faktor terbesar. Adalah sukar untuk kami nyatakan bahawa tiada produk topikal yang membantu kulit leher yang kendur.

Hal ini tidak bermakna anda perlu mengabaikan penjagaan kulit leher anda sama sekali. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor dan mengikuti nasihat serta cadangan daripada mereka. Anda perlu bersifat realistik dan berhenti mencari produk yang menjamin perkara yang mustahil.

Ketahui lebih lanjut mengenai produk anti-kedutan dan anti-kendur.

Rujukan

  1. Skin Research and Technology, August 2013, pages 236–241
  2. Cosmetic, Toiletry, and Fragrance Association, March 2004, page 4
  3. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, November 2020, pages 13–18
  4. Aesthetic Surgery Journal, October 2021, pages NP1603–NP1618

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.