Manfaat Peptide untuk Kulit Wajah - Paula's Choice Malaysia

Manfaat Peptide untuk Kulit Wajah

Pelbagai kajian telah dilakukan mengenai manfaat peptide kepada kulit. Terdapat banyak informasi tidak tepat mengenai kebaikan dan manfaat bahan ini. Namun daripada aspek lain, bahan ini seharusnya diberi perhatian! Kami akan membincangkan mengenai fungsi peptide kepada kulit wajah supaya anda dapat membezakan antara fakta dan fiksyen mengenai bahan ini.

Apa itu Peptide?

Peptide merupakan fragmen daripada protein yang terdiri daripada amino asid. Apabila amino asid bergabung dalam formasi tertentu, ianya akan menghasilkan peptide yang spefisifik (terdapat banyak jenis peptide). Protein akan terhasil apabila peptide bergabung dalam cara tertentu.

Protein pula merupakan asas kepada pembentukan kulit. Ketiadaan peptide akan menjadikan kulit menjadi kendur, berkedut, kasar dan tidak anjal.

Kajian telah membuktikan setiap satu jenis peptide bertindak dengan cara yang spesifik untuk menyokong keperluan kulit. Peptide juga bertindak dengan melatih kulit untuk merawat semula segala kesan akibat penuaan.

Peptide dalam Penjagaan Kulit Wajah: Perspektif yang Tepat

Terdapat banyak manfaat yang menarik untuk mengimplimentasikan bahan ini ke dalam formulasi produk penjagaan kulit wajah seperti yang kami lakukan pada Peptide Booster. Walaupun begitu, kami juga ingin mengingatkan bahawa terdapat banyak manfaat bahan yang digembar-gemburkan di media sosial adalah tidak tepat.

Peptide sememangnya mampu untuk memberi manfaat dan kebaikan, namun ianya tidak akan menggantikan prosedur pembetulan kosmetik seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan pengeluar produk kosmetik.

Tidak ada satu bahan spesifik untuk merawat kesemua masalah kulit dan peptide juga tidak terkecuali. Anda tidak seharusnya menggunakan hanya peptide semata-mata untuk menyelamatkan kulit anda daripada pelbagai masalah kulit.

Paula’s Choice Skincare menggunakan pendekatan campuran pelbagai bahan dalam formulasi produk kami termasuklah Peptide Booster. Peptide Booster ini mengandungi lapan jenis peptide dan amino asid yang berbeza serta bahan skin-replenishing. Formulasi ini juga mengandungi kolagen yang meningkatkan keanjalan kulit.

Banyak kajian baru yang yang dilakukan terhadap bahan ini meyakinkan kami untuk mengimplimentasikan bahan ini dalam produk penjagaan kulit wajah. Peptide mampu untuk menghidupkan semula bahan yang menjadikan kulit sihat, namun harus diingatkan bahawa anda perlu meletakkan jangkaan yang realistik.

Walaupun peptide terbukti memberi manfaat kepada kulit, bahan ini ini tetap memerlukan bahan lain untuk menyokong kesemua keperluan kulit. Sebarang formulasi penjagaan kulit wajah yang mahal haruslah merangkumi bahan seperti antioksida, bahan skin-replenishing dan skin-restoring, termasuklah peptide. Peptide membantu pelbagai jenis masalah kulit, namun ianya tidak cukup untuk merawat kesemua jenis masalah kulit.

Apabila peptide bergabung dengan campuran bahan antioksida, bahan yang menenangkan kulit dan bahan skin-replenishing, ianya mampu untuk menyelesaikan pelbagai masalah tanda penuaan secara efektif.

Fakta atau Fiksyen : Copper Peptide

Apabila berbincang mengenai bahan yang sering digembar-gemburkan sehingga menghasilkan fakta yang tidak tepat, copper peptide adalah salah satu daripada bahan ini. Hal ini bermula dengan tanggapan bahawa bahan binaan kulit adalah dihimpunkan oleh copper. Logik yang diikuti daripada perkara ini adalah anda perlu menggunakan copper peptide dalam penjagaan kulit wajah anda untuk mendapatkan manfaat ini. Walaupun copper peptide adalah bahan skin-restoring, namun terdapat banyak peptide lain yang mempunyai ciri yang sama ataupun yang lebih baik daripada copper peptide ini.

Sekiranya diletakkan dalam persektif, walaupun terdapat banyak kajian membuktikan copper peptide mampu memberi kesan yang dramatik kepada kulit, kajian ini jarang membandingkan copper peptide dengan jenis peptide lain atau bahan antioksida.

Ianya penting untuk difahami bahawa terdapat banyak bahan yang telah terbukti secara kajian memberi kesan yang baik kepada kulit, dan bukan hanya copper peptide semata-mata. Kepercayaan mengenai satu bahan boleh menyelesaikan pelbagai masalah perlu dihapuskan kerana ianya akan mengakibatkan anda tertumpu kepada satu jenis bahan sahaja. Keperluan kulit tidak seringkas itu!

Secara ironiknya terdapat juga kajian mengenai copper yang berpotensi menjadi toksik. Walaubagaimanapun, kajian yang menyatakan copper bersifat toksik ini adalah berdasarkan copper asli di dalam badan dan bukan sebagai formulasi yang digunakan di kulit.

Kesimpulan: Peptide dalam Penjagaan Kulit Wajah

Peptide adalah bahan yang baik untuk ditambah dalam rutin penjagaan kulit wajah kerana ianya boleh membantu banyak jenis masalah kulit. Namun, sebagaimana dengan bahan anti penuaan yang lain, pendekatan terbaik adalah dengan menggunakan produk pelembab dan serum yang menggunakan campuran pelbagai jenis bahan anti penuaan yang lain seperti antioksida dan bahan skin-restoring (serta pelindung matahahari) untuk membantu meningkatkan keadaan kulit supaya kelihatan lebih sihat.

Dapatkan Pro-Collagen Multi-Peptide Booster di sini.

Dapatkan produk berasaskan Peptide di sini.

Rujukan

  1. Cosmetics, May 2017, pages 1-14
  2. ChemMedChem, August 2016, issue 16, pages 1850-1855
  3. Bulletin of Experimental Biology and Medicine, May 2016, issue 1, pages 175-178
  4. Journal of Drugs in Dermatology, April 2016, supplemental, pages 63-71
  5. Austin Journal of Pharmacology and Therapeutics, August 2014, pages 1-9
  6. Biological Trace Element Research, August 2013, issue 2, pages 268-274
  7. Clinical Chemistry and Laboratory Medicine, April 2013, pages 1–8
  8. Dermato Endocrinology, July 2012, issue 3, pages 308–319

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.